00:00Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kooperasi Kuskop telah meluluskan hampir RM2 bilion pembiayaan yang memberi manfaat kepada sejumlah 88,150 perusahaan
00:10mikro, kecil dan sederhana PMKS di seluruh negara.
00:14Menterinya Steven Sim berkata, kelulusan itu dicapai dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini sekaligus mencerminkan komitmen kerajaan bagi memperkukuh
00:22sektor keusahawanan negara.
00:27Menurutnya Kooperasi Kuskop juga mempergiat perlaksanaan kempen Power Up 10K bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan 10,000 syarikat Malaysia.
00:37Jadi ini antara kerangka Power Up 10,000 yang kita akan laksanakan dan telah mula dilaksanakan.
00:45Dalam masa dua bulan, bulan Januari dan bulan Februari sahaja, kita telah meluluskan lebih kurang RM2 bilion dari segi pembiayaan.
00:56Dan ini adalah untuk membantu bukan sahaja dari segi modal kerja ataupun working capital tetapi juga dari segi pembangunan aset
01:04dan juga peluasan perniagaan dan sebagainya.
01:06Jadi itu adalah antara fokus Kooperasi Kuskop sekarang, bagaimana kita boleh membantu sektor SME kita untuk bukan sahaja ada kelangsungan,
01:15survival tetapi juga ada kejayaan, ada penskalaan.
01:19Mengulai selanjut, Stephen berkata Kooperasi Kuskop turut memberi tumpuan kepada usaha memperluas akses pasaran PMKS termasuk memperkukuh penglibatan dalam pasaran
01:28domestik dan meneroka peluang keperingkat antarabangsa.
01:32Menyentuh mengenai cabaran semasa termasuk kesan kenaikan harga diesel, beliau berkata Malaysia sebagai ekonomi terbuka tidak terlepas daripada impak global
01:41seperti konflik ekonomi dan ketidaktentuan geopolitik.
01:45Selain terpaksa membuat keputusan yang sukar dan mungkin tidak popular, namun keutamaan ialah melindungi rakyat serta memastikan kestabilan ekonomi negara.
Comments