Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Sekurang-kurangnya 230 kanak-kanak terbunuh dan 1,800 cedera susulan serangan ketenteraan bersama Amerika Syarikat dan Israel di Iran, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya, 230 kanak-kanak terbunuh, manakala 1,800 lagi cedera, susulan siri serangan ketenteraan AS dan Israel ke atas
00:09Iran pada Sabtu.
00:11Pihak berkuasa Iran turut memalumkan infrastruktur perubatan dan kesihatan awam negara itu mengalami kerosakan teruk, sekaligus menjejaskan keupayaan sistem kesihatan
00:20untuk beroperasi secara normal.
00:22Berdasarkan statistik rasmi, serangan itu merosakkan 50 stesen pertolongan cemas, 41 pusat perubatan serta 199 institusi kesihatan di beberapa wilayah
00:33yang terjejas.
00:34Selain itu, enam buah hospital terpaksa dikosongkan, manakala 38 ambulans mengalami kerosakan yang sekaligus menjejaskan usaha menyelamat dan rawatan kecemasan
00:43terhadap mangsa.
00:44Kemencian Kesihatan Iran juga mengesahkan 24 petugas perubatan terbunuh akibat serangan tersebut menjadikan kaki tangan kesihatan antara kelompok yang turut
00:54terkesan secara langsung.
00:55Konflik tercetus pada 28 Februari lalu apabila AS dan Israel melancarkan serangan udara ke atas Teheran serta beberapa bandar utama
01:03lain di Iran.
Comments

Recommended