00:00Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Awal Agama, Dr. Zulkifli Hassan berkata,
00:05persiapan bagi menghadapi musim haji tahun ini berjalan lancar dan mengikut perancangan yang ditetapkan.
00:11Menuruti hantaran di Facebook hari ini, beliau memaklumkan telah selamat tiba di Arab Saudi bersama-sama pasukannya
00:17bagi menguruskan jadual kerja yang padat, termasuk menghadiri forum umrah dan ziarah di Madinah serta memantau persiapan haji.
00:24Zulkifli berkata, lawatan itu turut dimanfaatkan untuk meninjau sendiri kemudahan dan penempatan bakal jemaah di Makkah,
00:31termasuk fasiliti untuk petugas tabung haji.
00:34Beliau berkata, pelbagai penambahbaikan telah dilaksana melibatkan aspek infrastruktur, logistik dan penginapan,
00:40sekaligus memastikan kemudahan yang lebih selesa serta tersusun kepada jemaah.
00:45Zulkifli berkata, usaha berkenaan bukan sekadar tugasan, sebaliknya satu bentuk khidmat kepada para jemaah.
00:54Terima kasih telah menonton!
Comments