00:00Kerajaan menumpukan usaha mengimbangi kebajikan rakyat, tekanan inflasi dan pertumbuhan ekonomi susulan ketidaktentuan global
00:06akibat konflik Asia Barat dengan sasaran pertumbuhan 2026 kekal pada 4 hingga 4.5% setakat ini.
00:15Menteri Ekonomi Akman Nasrubwah Mahmud Nasir berkata,
00:17unjuran itu mengambil kira pelbagai risiko semasa termasuk ketegangan geopolitik serta gangguan rantaian bekalan global
00:24namun sebarang perubahan sasaran pertumbuhan ekonomi itu akan dimalumkan Bank Negara Malaysia.
00:32Dalam pada itu, Akman berkata, bagi meneruskan pertumbuhan ekonomi perbelanjaan domestik perlu dikekalkan mengikut keperluan
00:39pelaburan swasta terus dipacu serta pelaksanaan projek pembangunan kerajaan diteruskan dan berjalan seperti dirancang.
00:47Pada masa sama, kerajaan perlu menyeimbangkan antara keperluan melindungi kebajikan rakyat
00:52dengan usaha memastikan momentum pertumbuhan ekonomi terus kekal.
00:56Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan juga telah mengaktifkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara M10
01:01yang kini bersidang secara mingguan bagi memantau perkembangan semasa berdasarkan data terkini
01:07serta meneliti langkah bersesuaian menangani impak konflik berkenaan.
01:12Akman Nasrubwah berkata, hasil perbincangan M10 itu akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk diputuskan.
01:18Pada masa sama, katanya Kementerian Ekonomi turut mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak
01:24termasuk perusahaan kecil dan sederhana PKS bagi mendapatkan maklum balas berhubung cabaran semasa
01:31serta langkah meredakan kesan tekanan ekonomi.
01:34Beliau berkata, kerajaan turut memberi perhatian kepada jaminan bekalan domestik termasuk harga
01:39dengan langkah-langkah perlu sedang diambil bagi memastikan kelangsungan bekalan dalam tempoh jangka sederhana.
01:46Sebelum ini, kerajaan mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi 2026 pada kadar 4.0 hingga 4.5%
01:54meskipun berdepan ketidaktentuan global dengan penilaian semula akan dibuat dari semasa ke semasa
02:01berdasarkan perkembangan terkini.
Comments