Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Ribuan penunjuk perasaan menyertai perhimpunan aman di seluruh Amerika Syarikat melibatkan lebih 3,200 acara. Protes berlangsung di bandar besar dan komuniti kecil, dengan beberapa insiden ketegangan dilaporkan.
Transcript
00:00Selepas ini, ribuan penunjuk perasaan menyertai perhimpunan No Kings di seluruh Rakyat Syarikat pada Sabtu sebagai tanda bantahan terhadap dasar
00:09perhasilan Donald Trump dan pentadbirannya.
00:11Protes ini merupakan edisi ketiga sejak gerakan tersebut dilancarkan tahun lalu dengan lebih 3,200 acara dianjurkan di kesemua 50
00:20negeri serta beberapa lokasi di luar negara.
00:25Penganjur menyaksikan ia menjadi antara protes amat terbesar dalam sejarah negara itu.
00:29Perhimpunan besar berlangsung di beberapa bandar utama seperti New York, Los Angeles dan Washington selain turut melibatkan kawasan komuniti kecil
00:37menunjukkan peningkatan penyertaan yang ketara.
00:39Di Philadelphia, St. Paul dan Dallas, para peserta berarak sambil membawa sepanduk dan melaungkan slogan menentang apa yang mereka anggap
00:47sebagai penyalahgunaan kuasa serta kemerusutan nilai demokrasi.
00:50Ada peserta menyuarakan kebimbangan terhadap masyarakat negara, dasar imigresen dan tindakan kerajaan yang dilihat semakin keras.
00:58Protes kali ini juga dikaitkan dengan bantahan terhadap konflik melibatkan Amerika Syarikat dan Israel di Iran.
01:03Bagaimanapun, suasana di Dallas menjadi tegang bila berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan dan kumpulan lawan menyebabkan campur tangan pihak polis
01:10serta beberapa tangkapan dibuat.
01:12Gerakan No Kings sebelum ini berjaya menarik jutaan peserta dengan edisi terdahulu pada Jun dan Oktober tahun lalu mencatat kehadiran
01:19besar di ribuan lokasi seluruh negara.
01:21Sementara itu, pihak White House menolak protes tersebut sebagai bermotifkan politik.
Comments

Recommended