Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Beberapa mercu tanda ikonik di Perancis, Greece, Sepanyol dan Jerman dipadamkan lampu sempena Earth Hour sebagai simbol sokongan meningkatkan kesedaran awam terhadap perlindungan alam sekitar dan perubahan iklim.
Transcript
00:00Sambutan Earth Hour pada Sabtu menyaksikan beberapa negara di Eropah
00:04menghadapkan lampu di mercu tanda ikonik masing-masing sebagai simbol komitmen
00:08terhadap usaha melindungi alam sekitar dan menangani perubahan iklim.
00:12Sejak diperkenalkan, Earth Hour berkembang menjadi gerakan global
00:15yang melibatkan penyertaan meluas dari pelbagai negara dan bandar setiap tahun.
00:20Selain menghadapkan lampu, kampen ini juga bertujuan meningkatkan
00:24kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga alam sekitar
00:27serta menggalakkan tindakan berterusan dalam menangani perubahan iklim.
00:33Di Perancis, Menara Eiffel di Paris dipadamkan lampunya selama kira-kira 5 minit pada waktu malam.
00:39Tindakan ini menjadi antara simbol paling ketara dalam kampen Earth Hour
00:42yang disertai oleh pelbagai bandar di seluruh dunia.
00:46Di Greece, suasana gelap turut menyelubungi Parthenon serta kawasan Akropolis of Athens di Athens
00:52apabila lampu dipadamkan selama 1 jam bermula 8.30 malam.
00:56Penyertaan ini mencerminkan komitmen negara tersebut dalam menyokong usaha global
01:00meningkatkan kesedaran terhadap isu alam sekitar.
01:04Di Spanyol, Sagrada Familia di Barcelona turut menyertai kampen ini
01:09dengan memadamkan lampu selama 1 jam.
01:11Langkah tersebut selari dengan usaha berbagai bandar di Eropah
01:14yang mengambil bahagian dalam inisiatif sama setiap tahun.
01:19Sementara itu, di Jerman, Bradenburg Gate di Berlin juga bergelap selama 1 jam
01:24sebagai tanda solidariti terhadap Earth Hour.
01:26Dalam masa bersama, aktivis alam sekitar menegaskan bahawa krisis iklim
01:29sedang berlaku dengan pantas dan memerlukan tindakan segera
01:32daripada kerajaan di seluruh dunia.
01:34Mereka turut mengiru agar pergantungan terhadap bahan api fosil
01:37dikurangkan dan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui, dipercepatkan.
01:41Earth Hour merupakan kampen global yang diperkenalkan di sini pada tahun 2007
01:46oleh World Wide Fund for Nature.
01:49Kampen ini menggelapkan individu, komuniti dan organisasi di seluruh dunia
01:52untuk memberi 1 jam dengan memadamkan lampu sebagai simbol sokongan
01:56kepada usaha melindungi bumi.
Comments

Recommended