00:00Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang meneliti pelaksanaan bekerja dari rumah WFH bagi penjawat awam susulan cabaran kenaikan harga bahan api,
00:10khususnya diesel, berikutan krisis Asia Barat.
00:13Ketua Menteri Chao Konyao berkata bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan terlebih dahulu menunggu arahan lanjut daripada Kerajaan Persekutuan sebelum membuat sebarang
00:23keputusan.
00:27Katanya pendekatan WFH bukan sesuatu yang baharu kerana ia pernah dilaksanakan ketika pandemik COVID-19.
00:35Kata Konyao lagi, pelaksanaan WFH adalah langkah mengurangkan beban kos operasi dan pergerakan harian susulan peningkatan harga petrol dan diesel
00:44semasa.
00:45Sementara itu, beliau berkata kenaikan harga diesel semasa turut memberikan kesan tidak langsung sektor kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan PBT
00:53di Pulau Pinang seperti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang bergantung sepenuhnya kepada penggunaan diesel.
01:00Jelasnya, trak pengangkut sampah yang beroperasi setiap hari memerlukan diesel bagi memastikan kutipan sisa berjalan lancar mengikut jadual.
01:08Ujar Konyao, situasi tersebut berbeza dengan sektor lain yang boleh mengurangkan operasi bagi menampung kos seperti pengendali feri di Pulau
01:16Langkawi yang dilaporkan mengurangkan kekerapan perjalanan susulan kenaikan harga diesel.
Comments