Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata beliau telah mengarahkan sesi libat urus menyeluruh bersama pemain industri pelancongan, termasuk daripada sektor pengangkutan pelancongan diadakan segera bagi mengumpul maklumat dan mendapatkan maklum balas industri.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penggiat industri pelancongan diseru kekal rasional dan berhemat dengan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga atau memindahkan kos tidak wajar sehingga
00:10membebankan rakyat serta pasaran.
00:13Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Singh berkata, beliau telah mengarahkan sesi libat urus menyeluruh bersama permain
00:20industri pelancongan susulan ketidaktentuan ekonomi global.
00:26King Singh dalam kenyataan berkata ia termasuk daripada sektor pengangkutan pelancongan bagi mengumpul maklumat dan mendapatkan maklum balas industri.
00:36Langkah itu bertujuan memahami dengan lebih mendalam situasi sebenar yang sedang dihadapi penggiat industri termasuk tekanan kos, kesan terhadap operasi
00:45dan potensi kerugian agar setiap langkah dirangka benar-benar memenuhi keperluan mereka.
00:50Kata beliau pihaknya juga giap mengadakan perbincangan dengan Kementerian Keuangan MOF untuk mengkaji langkah penyelesaian paling sesuai bagi membantu industri
01:00mengharungi cabaran semasa dengan lebih lancar.
01:03MOF turut menyatakan sokongan terhadap usaha penyelarasan yang dijalankan dan akan menilai tahap keseluruhan impak serta skop yang terlibat berdasarkan
01:13data dan maklumat.
Comments

Recommended