Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata gajah berkenaan tidak dijual sebaliknya pemindahan secara pinjaman yang dilaksanakan bagi tujuan konservasi dan pengurusan hidupan liar secara berterusan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, dawaan kononnya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Perhilitan, menjual 19 ekor gajah kepada pihak tertentu seperti yang
00:10tular di media sosial adalah palsu dan mengelirukan.
00:14Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Qadir Abu Hashim berkata, gajah itu tidak dijual, sebaliknya pemindahan secara pinjaman yang dilaksanakan bagi
00:24tujuan konservasi dan pengurusan hidupan liar secara berterusan.
00:31Dalam satu kenyataan, beliau berkata pelaksanaan pemindahan ini adalah sebahagian daripada usaha strategik jabatan dalam memastikan kelangsungan spesies jika berlaku
00:41sebarang wabak penyakit atau outbreak atau bencana di habitat asal.
00:45Antara lain, mengurangkan konflik manusia dan hidupan liar serta memperkukuh program konservasi melalui kerjasama dengan pihak berkaitan.
00:54Katanya lagi, pendekatan ini juga penting sebagai strategi insurans populasi iaitu penempatan sebahagian individu di lokasi berbeza dapat mengurangkan risiko
01:04kehilangan populasi secara besar-besaran akibat faktor luar jangka seperti penyakit berjangkit, kemusnahan habitat atau bencana alam.
01:12Kerjasama ini turut membuka ruang kepada pemindahan teknologi dan kepakaran khususnya dalam bidang pembiakan terkawal, pemantauan kesihatan, pemakanan serta pengurusan
01:22habitat secara modern.
01:24Ia secara langsung menyokong usaha pemuliharaan spesies gajah secara lebih berkesan dan berterusan.
01:30Kata Abdul Qadir, semua gajah yang dipindahkan akan terus berada di bawah pemantauan dan kawal selia Kementerian Sumber Asli dan
01:37Kelestarian Alam NRES dan Perhilitan.
01:40Ini termasuk melalui rekod pengurusan, pemantauan kesihatan serta laporan berkala daripada pihak penerima.
01:47Pihaknya juga memandang serius penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh melimbulkan kekeliruan dan persepsi negatif terhadap usaha konservasi negara.
Comments

Recommended