00:00China menyatakan kesediaan untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan AS bagi memastikan hubungan dua hala kekal stabil.
00:10Menteri Perdagangan China Wang Wentao menyatakan perkara itu ketika bertemu wakil perdagangan AS, Jameson Greer, disela mesyuarat Menteri Pertubuhan Perdagangan
00:20Dunia di Yonde, Cameroon.
00:25Langkah itu disuarakan dalam pertemuan antara wakil kedua-dua negara di luar mesyuarat peringkat antarabangsa.
00:32Jelasnya hubungan perniagaan perlu terus berperanan sebagai pemangkin dan penstabil hubungan China-AS bukan menjadi punca ketegangan.
00:41Wang turut menggesa kedua-dua pihak melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin negara masing-masing serta mengurus hubungan antara persaingan
00:49dan kerjasama secara seimbang.
00:51Menurutnya, China bersedia memperkukuh kerjasama multilateral dan serantau termasuk melalui platform WTO, APEC dan G20 bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang
01:01mampan.
01:02Dalam masa sama, China menyuarakan kebibangan terhadap siasatan perdagangan AS di bawah Seksyen 301 yang disifatkan boleh memberi kesan kepada
01:12hubungan perdagangan global.
01:13Sementara itu, Jameson Greer berkata Amerika Syarikat bersedia untuk terus memperkukuh dialog dan kerjasama dengan China berdasarkan konsensus yang telah
01:23dicapai oleh kedua-dua Presiden.
01:25Terima kasih telah menonton!
Comments