00:00Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim menekankan misi Hebatkan Perniagaan Malaysia sebagai tumpuan utama 100 hari pertama beliau menerajui
00:11KUSKOP.
00:11Beliau berkongsi pencapaian termasuk peningkatan dana pembiayaan, skim khas bagi pemerkasaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS dan pemerkasaan ekosistem
00:23keusahawanan negara.
00:26Menerusi hantaran di Facebook, antara pencapaian 100 hari Steven Sim adalah peningkatan dana bumi putra di bawah tekun nasional daripada
00:35RM300 juta kepada RM500 juta serta skim pembiayaan baru RM100 juta untuk PMKS kaum China.
00:42Dana bagi usahawan India di bawah skim pembangunan usahawan masyarakat India SPUMI ditingkatkan daripada RM30 juta kepada RM50 juta manakala
00:52skim barakat RM50 juta dan berkat RM30 juta ditubuhkan untuk menyokong PMKS semasa Ramadan dan Tahun Baru China.
01:01Dana ekonomi usahawan wanita Dewi berjumlah RM3 bilion disediakan memberi manfaat kepada kira-kira 300 ribu usahawan wanita.
01:08Kuskop juga meneruskan pembangunan perniagaan melalui perjanjian RM2 bilion di Forum Halal Makkah 2026 serta mencatat jualan RM90 juta di
01:19Japan Foodex.
01:20Peruntukan RM254 juta untuk pemerkasaan koperasi merupakan tertinggi dalam sejarah, sementara SKM Business School menjadi platform sekolah perniagaan untuk pelajar.
01:31Inisiatif digital Power Up 10K membantu 10,000 syarikat Malaysia dengan kerjasama dengan TikTok Shop memberikan impak kepada lebih 3
01:40,000 usahawan PMKS termasuk 700 yang mencatat jualan melebihi RM28 juta.
01:46Lifehub TikTok juga diperluas ke Pahang dan Pulau Pinang untuk pembangunan digital.
01:51Kuskop juga melakukan rekayasa proses termasuk pengurangan kadar faedah dan fee untuk memudahkan urusan peniaga menekankan matlamat mempawa usahawan tanpa
02:02mengira kaum dan agama.
Comments