00:00Bertemu kembali Presiden Nepal Ramchandra Paudel pada Jumaat
00:04melantik pemimpin parti Rastriya Swatantra, RSP, Balendra Shah sebagai Perdana Menteri.
00:11Ia selepas partinya meraih kemenangan besar dalam pilihan raya parlimen pertama
00:15sejak protes besar-besaran tahun lalu yang menggulingkan kerajaan dan membawa kepada pentadbiran interim.
00:24Syah yang dijadual mengangkat sumpah pada Jumaat dan seterusnya membentuk kabinetnya
00:30selepas RSP memperoleh 182 daripada 275 kerusi di parlimen menewaskan parti politik sedia ada.
00:39Beliau yang juga dikenali sebagai Balen dipilih sebagai pemimpin parti parlimen RSP
00:44di bawah perjanjian yang dicapai sebelum beliau menyertai parti itu secara rasmi.
00:49Bekas penyanyi rap itu meletak jawatan sebagai Datuk Bandar Kadmandu
00:54sebelum tamat tempoh perkhidmatan lima tahunnya untuk menceburi politik negara.
00:59Di bawah perjanjian itu, RSP menyokong Shah sebagai calon Perdana Menteri
01:03sambil meletakkannya di kedudukan kedua dalam heraki parti.
01:08Shah menewaskan bekas Perdana Menteri KP Sharma Uli
01:11dengan majin yang besar di kawasan tempat tinggal Uli di Japa Timur Nepal.
01:19Terima kasih.
Comments