00:00Malaysia dan Indonesia sepakat mempergiat usaha diplomasi bagi meredakan konflik di Asia Barat.
00:06Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto
00:12memberi penekanan terhadap usaha melindungi nyawa awam
00:15serta membuka ruang rundingan ke arah penyelesaian aman dan berkekalan.
00:23Anwar berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuan selama dua jam
00:27sempena lawatan khas beliau ke Jakarta atas undangan Prabowo.
00:32Menurutnya perbincangan tersebut membuka ruang konstruktif untuk mencari titik persamaan
00:36dalam menghadapi konflik Asia Barat yang kian menekan keselamatan tenaga dan ekonomi dunia.
00:43Kedua-dua pemimpin turut menegaskan kepentingan memastikan rantaian bekalan global
00:48dan laluan perdagangan strategik termasuk selar humus kekal lancar dan tidak terjejas.
00:54Perdana Menteri turut memaklumkan usaha Malaysia berinteraksi dengan pemimpin antarabangsa
00:58bagi menyatakan solidariti dan menyelaras pandangan berhubung impak konflik terhadap tenaga dan keselamatan serantau.
01:06Pada masa sama, Malaysia dan Indonesia menegaskan keperluan memperkukuh kesepaduan serantau berprinsip
01:13bagi memelihara keamanan dan meningkatkan daya tahan ekonomi.
01:17Anwar turut menegaskan Malaysia kekal menolak keganasan, menjunjung undang-undang antarabangsa
01:23dan menggesa semua pihak kembali ke meja rundingan.
01:27Ketegangan di Asia Barat terus memuncak sejak serangan bersama Amerika Syarikat dan Israel
01:32ke atas Iran pada akhir Februari yang kemudiannya mencetuskan serangan balas
01:36sehingga memberi kesan kepada pasaran global.
01:39dan selesai menonton!
01:40Terima kasih telah menonton!
01:40Terima kasih kerana menonton!
Comments