Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Risiko inflasi kini meningkat susulan perang Iran, manakala pasaran buruh pula masih berada dalam keadaan seimbang, namun bersifat rapuh.
Transcript
00:00Gambaran Rizal Persekutuan Amerika Syarikat Lisa Cook menyatakan konflik melibatkan Iran telah mengubah imbangan risiko ekonomi buat masa ini dengan
00:08inflasi dilihat sebagai kebimbangan lebih besar berbanding pasaran kerja.
00:13Beliau berkata risiko inflasi kini meningkat manakala pasaran buruh pula masih berada dalam keadaan seimbang namun bersifat rapuh.
00:22Rizal Persekutuan sebelum ini mengekalkan kadar faedah tidak berubah selepas mesyuarat dasar pada 17 hingga 18 Mac sambil menekankan tahap
00:32ketidaktentuan yang tinggi akibat konflik tersebut.
00:35Bank pusat itu kini berdepan cabaran menyeimbangkan inflasi yang berada kira-kira satu mata peratusan melebihi sasaran 2% pada
00:43Januari dan dijangka meningkat lagi berikutan lonjakan harga minyak dengan pasaran buruh yang menunjukkan pertumbuhan pengambilan pekerja yang sangat perlahan
00:52sepanjang tahun lalu.
00:53Cook turut memaklumkan bahawa tarif sedia ada menyumbang kepada peningkatan inflasi melepasi sasaran Rizal Persekutuan dan situasi di Asia Barat
01:03berpotensi memberi kesan ketara tambahan.
01:06Beliau berpandangan tekanan inflasi mungkin berlarutan melebih daripada jangkaan awal sekaligus menunjukkan imbangan risiko dasar monitari kini lebih cenderung ke
01:16arah inflasi berbanding pertumbuhan pekerjaan.
Comments

Recommended