Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei menegaskan diplomasi adalah sebahagian daripada perjuangan mempertahankan negara, ketika rundingan dengan Amerika Syarikat di Pakistan terus berlangsung melibatkan isu Selat Hormuz, nuklear, sekatan dan penamatan konflik.
Transcript
00:00Dua cakap Kementerian Luar Iran, Ismail Bagai juga menegaskan bahawa diplomasi merupakan sebahagian daripada usaha berterusan negara itu untuk mempertahankan
00:08kedaulatan dan kepentingan nasional.
00:12Menerusi hantaran di platform X, beliau berkata Iran tidak akan melupakan pelanggaran janji serta tindakan permusuhan oleh Amerika dan tidak
00:21akan memaafkan apa yang disifatkan sebagai jenayah keji oleh Israel sepanjang konflik ini.
00:30Menurutnya, rundingan intensif yang berlangsung di Pakistan sejak Sabtu diteruskan untuk pusingan kedua pada Ahad dengan peranan pengantaraan negara itu
00:38termasuk pertukaran pelbagai mesej dan dokumen antara kedua-dua pihak.
00:42Beliau berkata delegasi Iran menggunakan sepenuhnya keupayaan, pengalaman dan kepakaran bagi memastikan hak serta kepentingan negara terus dipelihara khususnya selepas
00:51kehilangan besar yang dialami rakyat Iran akibat konflik berkenaan.
00:55Tambah beliau, pelbagai isu utama telah dibincangkan dalam tempoh 24 jam lalu termasuk selat hormus, program nuklear Iran, pampasan perang,
01:03penarikan sekatan dan penamatan sepenuhnya konflik di rantau tersebut.
01:07Ismail menegaskan kejayaan rundingan bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan pihak lawan termasuk kesediaan menghormati hak sah Iran tanpa tuntutan berlebihan.
01:17Dalam masa sama, beliau merakamkan perhargaan kepada kerajaan dan rakyat Pakistan atas peranan sebagai tuan rumah dan usaha memudah cara
01:24proses rundingan tersebut.
Comments

Recommended