00:00Baik bertemu kembali, kita mulakan laporan niaga dengan laporan tersebut.
00:03Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekspor yang kukuh sebanyak 10.8% tahun ke tahun kepada RM131 bilion pada Februari 2026.
00:13Ketua Perangkawan Datuk Seri Muhammad Uzi Mahidin berkata, jumlah perdagangan negara bagi tempoh tersebut mencecah RM245.2 bilion
00:21dengan nilai import turut meningkat kepada 82% kepada RM114.2 bilion berbanding bulan yang sama tahun lalu.
00:32Peningkatan ekspor sebanyak RM12.7 bilion ini dipengaruhi secara signifikan oleh Pulau Pinang
00:38yang mencatatkan kenaikan RM21.2 bilion selain sumbangan positif daripada wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
00:45sebanyak RM198.1 juta dan Perak RM108.1 juta.
00:51Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pengekspor utama negara
00:56dengan sumbangan sebanyak 47.1% diikuti oleh Johor 17.7%, Selangor 13.8%,
01:04Sarawak 5.9% serta Kuala Lumpur 3.6%.
01:09Bagaimanapun beberapa negeri merekodkan penurunan nilai ekspor termasuk Selangor 3.4 bilion,
01:16Sarawak 1.1 bilion, Melaka 928.2 juta dan Sabah 743.7 juta.
01:26Mengulas mengenai prestasi import, Muhammad Uzi berkata kenaikan RM8.6 bilion itu
01:31disumbangkan oleh aktiviti import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri
01:36diketuai Pulau Pinang dengan peningkatan RM9.3 bilion, Kedah RM1.2 bilion dan Kuala Lumpur RM1 bilion.
01:45Pulau Pinang mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 29.3%,
01:49manakala Selangor menyumbang 23.5%, Johor 21.7%, Kuala Lumpur 8.4% dan Kedah 5.4%.
02:00Secara keseluruhan prestasi perdagangan pada Februari 2016 ini mencerminkan
02:05daya tahan ekonomi negeri-negeri utama dalam memacu momentum pertumbuhan nasional
02:10melalui sektor pembuatan dan perkhidmatan yang kompetitif.
Comments