Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Human Rights Watch memberi amaran bahawa rancangan Israel untuk meluaskan zon penampan di selatan Lubnan berisiko membawa kepada jenayah perang berupa pemindahan paksa penduduk awam, sepertimana yang dilaporkan berlaku di Gaza. Amaran itu susulan kenyataan pegawai kanan Israel, termasuk Menteri Pertahanan Israel, yang menyebut kemungkinan penduduk tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, selain kebimbangan terhadap ketiadaan jaminan perlindungan kepada orang awam yang dipindahkan.
Transcript
00:00Pembelian Human Rights Watch, HRW memberi amaran bahawa rancangan Israel untuk meluaskan zon penampan di selatan Lubnan berisiko membawa kepada
00:10jenayah perang berupa pemindahan paksa penduduk awam seperti apa yang berlaku di Gaza.
00:14Jelas pertumbuhan itu ini termasuk kenyataan pegawai kanan Israel antaranya Menteri Pertahanan Israel, Israel Khaz yang menyebut kemungkinan penduduk tidak
00:23dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
00:27Tambah HRW, skala arahan pemindahan yang meluas serta kenyataan pihak berkuasa Israel yang tidak menyentuh soal pelindungan orang awam yang
00:37dipindahkan turut menimbulkan kebimbangan serius terhadap berlakunya jenayah perang.
00:42Menurut penyelidik HRW bagi Lubnan, Ramzi Kais, selama lebih dua tahun, sekutu-sekutu Israel serta negara-negara Eropah didakwa terus
00:52menutup mata terhadap kekejaman yang berlaku di Lubnan sebagaimana yang berlaku di Gaza.
00:57Jelas pertumbuhan hak asasi manusia itu, negara-negara yang masih membekalkan senjata dan bantuan ketenteraan kepada Israel berisiko terlibat secara
01:08langsung dalam pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
01:11Tegas Kais, serangan yang disengajakan terhadap orang awam, infrastruktur dan pihak lain yang dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa merupakan
01:21jenayah perang dan negara-negara pembekal senjata perlu menyedari risiko keterlibatan mereka dalam jenayah tersebut.
01:29Pertumbuhan itu juga memaklumkan bahawa pihaknya telah mendokumentasikan beberapa serangan yang disifatkan sebagai menyalahi undang-undang di Lubnan sejak Oktober
01:392023, termasuk yang melibatkan penggunaan senjata buatan Amerika Syarikat.
01:44Pihak berkuasa Lubnan memaklumkan sekurang-kurangnya 1,116 orang terbunuh dan 3,229 lagi cedera akibat serangan Israel, manakala lebih
01:55sejuta penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.
01:59Terima kasih.
Comments

Recommended