Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Malaysia menghargai sumbangan Mesir dalam menggesa pihak yang bertelagah ke arah de-eskalasi, dialog serta penghentian segera keganasan di Asia Barat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Transcript
00:00Seterusnya, Malaysia menghargai sumbangan Mesir dalam menggesa pihak yang bertelagah ke arah de-eskalasi, dialog serta penghentian segera keganasan di
00:10Asia Barat.
00:11Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, penghargaan itu dizahirkan dalam perbualan telefon bersama Presiden Mesir, Abdul Fatah LCC pada
00:21Khamis,
00:21yang turut menyaksikan komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala ke tahap perkongsian strategik.
00:27Menerusi hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan beliau turut menzahirkan kebimbangan Malaysia terhadap konflik semasa di Asia Barat,
00:36selain berkesempatan menyampaikan ucapan Aidilfitri kepada LCC.
00:42Menyentuh isu Palestine, beliau berkata Malaysia menyokong usaha Mesir dalam membantu Gaza serta menegaskan bahawa sebarang inisiatif keamanan mesti berteraskan
00:52gecata senjata dan akses kemanusiaan.
00:55Selain itu, Perdana Menteri memohon sokongan Mesir terhadap misi bantuan kemanusiaan 2026 melalui sempadan Rafah yang bakal dilancarkan dalam masa
01:07terdekat.
Comments

Recommended