00:00Pemegang lesen memandu Malaysia LMM yang lesennya tamat tempoh melebihi 36 bulan, tidak lagi layak menerima subsidi bersasar Budi Madani
00:10RON95, Budi 95.
00:13Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ, Datuk Edi Fadli Ramli, status lesen memandu memainkan peranan penting.
00:21Dalam menentukan kelayakan penerima subsidi berkenaan, justru pemegang lesen disaran memastikan lesen masing-masing sentiasa aktif.
00:32Katanya LMM yang diklasifikasikan aktif ialah lesen yang tamat sah lakunya tidak melebihi 36 bulan dari tarikh akhir pembaharuan sebelumnya.
00:43Dalam tempoh ini, pemegang lesen masih layak menerima subsidi Budi 95 dan boleh memperbaharui lesen secara terus tanpa sebarang ujian
00:53tambahan.
00:54Beliau berkata pembaharuan lesen yang tamat tempoh melebihi 36 bulan tidak boleh dilakukan secara terus dan pemegang lesen diwajibkan menjalani
01:03semula ujian kompetensi memandu di mana-mana institut memandu.
01:08Sehubungan dengan itu, semua pemegang LMM diingatkan supaya sentiasa memastikan lesen mereka diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan lesen
01:18menjadi tidak aktif yang seterusnya menjadikan mereka tidak layak menerima subsidi Budi 95.
01:24Mana-mana individu yang memandu kenderaan motor juga perlu memastikan lesen memandu yang dipegang yang masih berkuat kuasa iaitu belum
01:33tamat tempoh.
Comments