Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menurut NParks, analisis genetik oleh saintis di Pusat Forensik Hidupan Liar mendapati sisik berkenaan ialah sisik Tenggiling Sunda (Manis javanica), spesies terancam yang berasal dari Asia Tenggara, termasuk Singapura.
Transcript
00:00Pihak berkuasa Singapura merampas lebih 830 kg sisi tenggiling Asia, dianggarkan daripada lebih 2,200 eko haiwan itu rampasan terbesar
00:11setakat ini.
00:13Lembaga Taman Negara NPAX dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan rampasan itu berlaku pada 29 Disember 2025.
00:24Ia apabila pegawai penguasa imigresen dan pusat pemeriksaan ICA memintas sebuah lori yang membawa masuk kargo laut yang diisytiharkan secara
00:34palsu sebagai kulit ikan kering di stesen pengimbasan jurung.
00:40Pemeriksaan seterusnya menemukan 30 beg sisi tenggiling yang dirampas oleh NPAX.
00:47Berdasarkan siasatan awal, kargo itu sedang transit melalui Singapura dalam perjalanan dari Indonesia ke Kemboja.
00:54Menurut NPAX, analisis genetik oleh saintis di Pusat Forensik Hidupan Liar mendapati sisik berkenaan ialah sisik tenggiling Sunda,
01:04spesies terancam yang berasal dari Asia Tenggara, termasuk Singapura.
01:08Kes ini menggariskan kepentingan kawalan sempadan Singapura yang kukuh dan menunjukkan keberkesanan pendekatan yang diselaraskan,
01:18diterajui perisikan dan pelbagai agensi dalam mengesan serta mencegah jenayah hidupan liar.
01:24Tenggiling dilindungi di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dalam spesies fauna dan flora liar terancam ditandatangani Singapura.
01:33Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended