Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Empat daerah di Kedah dilanda cuaca panas tahap gelombang haba iaitu di Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Baling.
Transcript
00:00Empat kawasan di Semenanjung Negara berada pada tahap dua gelombang haba setakat jam 4 petang tadi.
00:06Ia melibatkan Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Baling di Kedah.
00:12Jabatan Meteorologi Malaysia, MED Malaysia turut memaklumkan,
00:15terdapat empat belas kawasan di seluruh Semenanjung yang merekodkan cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga.
00:23Kawasan tersebut ialah seluruh negeri Perlis, Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Kulim, Sik, Baling dan Bandar Baharu
00:34di Kedah.
00:34Selain itu, kawasan terlibat juga meliputi daerah utara Pulau Pinang, Kinta, Kuala Kangsa dan Perak Tengah serta Lubuk Antu di
00:43Sarawak.
00:44Cuaca panas tahap gelombang haba merupakan suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius,
00:51sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
00:54Manakala cuaca panas tahap berjaga-jaga ialah suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius,
01:02sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
01:04Terima kasih.
01:06Sampai jumpa di video selanjutnya.
01:07Terima kasih.
Comments

Recommended