Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan peringatan kepada orang ramai supaya berwaspada terhadap risiko gelombang haba yang boleh menjejaskan kesihatan.
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan mengeluarkan peringatan kepada orang ramai supaya berwaspada terhadap risiko gelombang haba yang boleh menjejaskan kesihatan.
00:09Menurut KKM, gelombang haba merujuk kepada tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca
00:17yang lebih panas daripada kebiasaan.
00:20Di Malaysia, fenomena itu ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celsius selama 3 hari berturut-turut.
00:29Orang ramai juga dinyasihatkan sentiasa mengikuti arahan pihak berkuasa serta memantau perkembangan cuaca semasa yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi.
00:38Selain itu, langkah penjagaan kesihatan seperti minum air secukupnya, mengelak aktiviti luar ketika cuaca terlalu panas dan mendapatkan rehat mencukupi
00:48penting bagi mengekalkan tahap kesihatan sepanjang tempoh gelombang haba.
00:52Orang ramai juga diingatkan segera mendapatkan rawatan jika mengalami kejala seperti pening, keletihan melampau atau dehydrasi akibat cuaca panas.
Comments

Recommended