00:00Kementerian Luar Palestine mengecam peningkatan aktiviti pengusiran pihak berkuasa Israel terhadap rakyat Palestine di Baitul Magdis.
00:09Menurut kementerian itu, ia termasuk pengusiran 15 keluarga baru-baru ini daripada rumah mereka dan perintah perubahan segera yang tidak
00:18boleh dirayu untuk tujuh rumah di bandar Kalandia.
00:26Kementerian menegaskan tindakan itu memerlukan pendirian antarabangsa demi melindungi rakyat Palestine.
00:32Kementerian itu turut menggariskan apa yang berlaku di Baitul Magdis adalah sebahagian daripada rancangan untuk menjadikan ia kawasan Yahudi.
00:40Antara lain, menghalau penduduk Palestine iaitu penduduk asli dan melaksanakan realiti haram yang bertujuan mengubah komposisi demografi bandar itu dalam
00:50tempoh terdekat.
00:51Ia juga memberi amaran lebih 200 keluarga Palestine di Baitul Magdis Timur terdiri daripada kira-kira 900 rakyat berdepan risiko
01:01pemindahan paksa dan pengusiran yang akan berlaku akibat tindakan undang-undang.
01:07Tindakan itu kebanyakannya difalkan oleh Persatuan Pengganas Penjajah kepada Mahkamah-Mahkamah Israel.
01:13Menurut Kementerian, Mahkamah berkenaan digunakan sebagai alat untuk memperkukuhkan realiti yang menyalahi undang-undang dan tidak pernah berlaku sebelum ini
01:22selain memberikannya legitimasi palsu di bandar berfungsi sebagai instrumen pendudukan.
01:29Sehubungan itu, Kementerian tersebut menyeru masyarakat termasuk semua negara dan organisasi antarabangsa supaya mengambil langkah tegas dan lebih jitu untuk
01:39menghalang pemindaan paksa terhadap rakyat Palestine daripada berterusan.
01:42Ini termasuk mengaktifkan alat tekanan diplomatik dan mengukuhkan kehadiran antarabangsa di lampangan bagi memberikan pelindungan kepada rakyat Palestine.
Comments