Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Temu bual bersama Penolong Pengarah Pemantauan Operasi, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Sharifah Nazatul Maslama Wan Fadillah bagi mengetahui perkembangan semasa keadaan aliran trafik di lebuh raya utama negara.
Transcript
00:00Baik, setakat ini saya yakin ramai lagi yang masih merancang perjalanan ataupun mungkin esok baru nak memulakan perjalanan.
00:07Tetapi untuk sesiapa yang mungkin masih lagi berada dalam keadaan ataupun tersangkut dalam kesesakan trafik,
00:15anda sebenarnya boleh merujuk kepada Facebook Lembaga Lebuh Raya Malaysia, LLM, untuk anda mendapatkan kemaskini keadaan trafik di seluruh Lebuh
00:25Raya Negara.
00:26Kalau anda boleh lihat, setakat 56 minit yang lalu kemaskini yang di-upload oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia,
00:35ada diselitkan masa setakat 14 minit malam, kalau kita lihat keadaan di beberapa Lebuh Raya Utama dinyatakan bergerak perlahan.
00:46Antara lokasi yang terkesan adalah Lebuh Raya Utara Selatan, exit 1 arah selatan iaitu Gurun ke Sungai Pertani Selatan bertali
00:55arus.
00:56Permatang Pauh ke Perai, Rawang ke Rawang Selatan.
00:59Dan kalau anda berada di arah selatan, di Tambak Johor, exit 2 arah utara, ada berlaku sedikit kesesakan trafik dari
01:11Woodlands ke Johor Baru.
01:12dan kalau anda lihat Lebuh Raya Utara Selatan, exit 2 arah utara, ada berlaku sedikit kesesakan trafik dari Kulai ke
01:22Sedenak, Southville ke Bangi dan di arah selatan, Simpang Renggam ke Sedenak, Setia Tropika ke Pasir Gudang.
01:30Ini antara kemas kini yang dinyatakan oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia LLM.
01:37Sebenarnya banyak lagi informasi yang anda boleh dapatkan, anda boleh juga lihat keadaan trafik yang diperlihatkan kepada anda menerusi CCTV
01:47yang dipasang di beberapa Lebuh Raya di Malaysia.
01:51Selain itu, anda juga boleh mendapatkan info kemalangan, maksudnya kalau kata anda berada di Lebuh Raya Sya'alam, 9.34
01:58minit malam tadi terdapat kemalangan di RMA Persimpangan Pandamaran Arah Timur,
02:04yang mana lorong kiri terhalang dan trafik dilaporkan bergerak perlahan.
02:11Jadi ada juga nasihat yang diselitkan di sini iaitu fokus pada pemanduan, awasi sebarang halangan di hadapan.
02:18Itu antara kemas kini-kemas kini yang ada di Facebook Lembaga Lebuh Raya Malaysia.
02:23Mungkin kalau kita nak dapatkan perkembangan situasi pergerakan trafik di seluruh Lebuh Raya Malaysia untuk jam ini,
02:30mungkin saya boleh bersama dengan penolong pengarah pemantauan operasi Lembaga Lebuh Raya Malaysia, Syarifah Nazatul Maslama Wan Fadilah.
02:38Puan, mungkin terima kasih kerana sedi bersama dengan Isra Wan untuk jam ini.
02:43Mungkin boleh Puan terangkan bagaimana keadaan trafik pada ketika ini?
02:48Terima kasih Farhan Di Awani.
02:51Seperti umum ketahui, kita berada pada fasa orang ramai pulang selepas perayaan Aidilfitri dan menjelang pembukaan sekolah.
03:00Secara keserohannya, setakat jam 11 malam ini, kita merekodkan peningkatan ketara jumlah senderaan di Lebuh Raya-Lebuh Raya utama negara.
03:09Ini berkodakan pergerakan orang ramai yang mula pulang ke Ibu Kota dan Lembaga Kelang selepas cuti perayaan Aidilfitri.
03:17Rekod trafik setakat jam 5 petang pada petang ini, sebanyak 1.8 juta senderaan.
03:24Itu lebih tinggi berbanding semalam dengan peningkatan sebanyak 13%.
03:31Kita telah jangkakan trafik ini mampu mencecah sehingga 3 juta kenderaan menjelang 12 malam ini.
03:39Antara kawasan yang kritikal pada ketika ini sehingga jam 11 malam adalah di kawasan Permatang Pau ke Perai dan dari
03:49Gopeng ke Tapah.
03:51Mungkin agak berbeza sedikit kalau kita tengok kemas kini di Facebook Lembaga Lebuh Raya Malaysia sejak sejam yang lalu, terdapat
04:00beberapa lokasi yang direkodkan agak sesak.
04:05Namun pada ketika ini agak tenang sedikit namun masih ada lokasi yang menunjukkan peningkatan trafik.
04:14terutama trafik di kawasan Lebuh Raya KL Karak di mana pada ketika ini trafik tinggi menghala ke Kuala Lumpur daripada
04:25Bentung ke Lentang dan berlarutan menghala ke Pelagat Pergombak.
04:32Puan, pada ketika ini kita tahu cuaca panas melanda beberapa kawasan di seluruh negara.
04:39Adakah faktor tersebut menyumbang kepada peningkatan trafik pada waktu malam?
04:45Okey, baik. Kita pun memandangkan fenomena alino yang melanda pada ketika ini, pihak kami tidak menolak kemungkinan terdapat peralihan waktu
04:55perjalanan.
04:56Pengguna di mana pengguna susulan cuaca yang sangat panas dan gelombang haba pada waktu ini, pengguna mungkin memilih untuk mulakan
05:05perjalanan atau menyambung pemanduan pada waktu malam.
05:09Selain faktor kesiasaan diri dan keluarga, pemanduan pada waktu malam juga mungkin bagi mengurangkan risiko kendaraan mengalami overheating
05:17akibat terperangkap dalam kesesakan di bawah cuaca terik. Mungkin ini menyumbang juga kepada peningkatan trafik pada waktu malam.
05:28Ya, Puan. Apa jangkaan LLM mengenai aliran trafik pada hari esok?
05:33Okey, seperti yang kita tahu, esok merupakan hari terakhir sebelum orang ramai memulakan kerja dan persekolahan.
05:47Jadi, pihak kami masih jangkakan esok trafik masih tinggi namun lebih rendah berbanding hari ini di mana kami jangkakan sebanyak
05:562.8 juta kendaraan
05:58yang akan menggunakan lebuh raya pada esok hari.
06:03Ya, Puan. Mungkin ada strategi yang diatur oleh pihak LLM untuk memastikan sebarang pergerakan pada esok hari mungkin berjalan dengan
06:12lancar?
06:14Seperti yang kita sedia maklum, kita telah aktifkan 34 lokasi smart lane di lebuh raya di bawah Seliaan Plus.
06:25Jadi, pihak kami mengambil inisiatif untuk memanjangkan tempoh waktu smart lane ini tidak terhad hanya kepada tempoh yang telah ditetapkan
06:36di papan tanda sahaja.
06:37Kita akan memantau dengan rapi pergerakan aliran trafik di lokasi dan akan memanjangkan masa mengikut kesesakan dan kesesuaian di lokasi
06:49tersebut
06:50sebagai langkah untuk kita melancarkan aliran trafik di lebuh raya.
06:57Puan, mungkin sebelum kita mengakhiri wawancara kita, mungkin nasihat kepada pengguna lebuh raya.
07:03Okey, saya mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan pengguna untuk merancang perjalanan dengan ikuti media sosial rasmi
07:15Facebook, TikTok, aplikasi X, Lembaga Lebuh Raya Malaysia dan juga boleh memuat turun aplikasi navigasi 7LM
07:26supaya pengguna boleh mendapatkan info yang terkini sahih dan tepat daripada pihak LNM berkenaan situasi semasa pergerakan trafik di lebuh
07:38raya utama.
07:39Jadi, saya juga ingin nasihatkan pengguna sekiranya keletihan, jangan paksa diri anda untuk meneruskan perjalanan.
07:48berhentilah di mana-mana sawasan R&R yang telah disediakan dan untuk menyegarkan diri kembali sebelum memulakan semula perjalanan.
07:57Dan yang penting sebenarnya pengguna kena pastikan selamat sampai ke destinasi yang ditujui.
08:08Puan-puan, satu lagi soalan penutup sebelum kita mengakhiri wawancara.
08:13Dari segi kesiapsiagaan petugas, adakah seluruh petugas daripada pihak LNM sendiri akan berada di lebuh raya-lebuh raya utama di
08:22Malaysia selama 24 jam?
08:25Betul. Faham, kita di Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuh Raya Malaysia dan juga kita ada pejabat wilayah di 4 wilayah.
08:34Kita bekerja 24 jam bagi memastikan bantuan segera yang akan diberikan kepada pengguna dan juga ini juga termasuk ERT,
08:49Emergency Response Team telah diaktifkan di 12 lokasi strategik di lebuh raya agar apa-apa insiden di lebuh raya dapat
08:57diberi bantuan dengan segera
08:59dan tempoh clearance time untuk lebuh raya dapat dipercepatkan bagi melancarkan aliran trafik di lebuh raya.
09:08Baik, kita ucapkan terima kasih kepada Penolong Pengarah Pemantauan Operasi Lembaga Lebuh Raya Malaysia,
09:14Puan Syarifah Nazatul Maslama Wan Farilah atas ulasan mengenai perkembangan terkini pergerakan trafik di seluruh lebuh raya di Malaysia.
Comments

Recommended