00:00Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairi Jamaluddin menyerahkan kepada Pucuk Pimpinan Parti membuat keputusan berhubung permohonannya menyertai semula UMNO.
00:10Beliau berkata surat permohonan itu telah dikemukakan dan kini menunggu keputusan yang dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi MKT
00:19pada 17 April ini.
00:23Khairi berkata beliau bersedia kembali berkhidmat sekiranya permohonannya diluluskan selain memaklumkan pertemuan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
00:33telah diatur dengan bantuan setiusaha kerja UMNO Datuk Muhammad Sumali Redwan.
00:39Menurut Khairi, sekiranya diterima semula, beliau mahu bermula sebagai ahli biasa tanpa memikirkan sebarang jawatan kerana masih dalam proses kembali
00:50ke parti.
00:51Terdahulu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Khalid Nordin dilaporkan berkata permohonan beberapa bekas pemimpin termasuk Khairi akan dibawa ke
01:01mesyuarat MKT pada 17 April ini.
Comments