00:00Lebih 60% rakyat Amerika Syarikat menentang serangan negara mereka ke atas Iran menurut tinjauan oleh Pusat Penyelidikan Pew.
00:09Menurut kajian itu, sebanyak 61% rakyat Amerika dalam tinjauan berkenaan tidak menyokong tindakan itu dengan 44% membantah keras,
00:20manakala 17% seakan membantah, sebanyak 37% responden pula menyatakan sokongan terhadap operasi berkenaan.
00:30Selain itu, tinjauan mendapati 59% responden percaya Amerika Syarikat membuat keputusan yang salah dengan menggunakan kekuatan ketenteraan terhadap Iran.
00:41Malah, 45% daripada mereka dalam tinjauan itu berkata operasi Amerika tidak berjalan dengan baik.
00:48Majoriti kecil rakyat negara itu atau 54% berpendapat, tindakan ketenteraan Amerika terhadap Iran akan berlanjutan sekurang-kurangnya 6 bulan
01:00lagi,
01:00termasuk 29% yang percaya ia akan berlanjutan selama setahun atau lebih.
01:06Menurut tinjauan itu, 35% menjangkakan konflik akan berlanjutan antara 1 hingga 6 bulan, manakala hanya 8% berpendapat ia
01:15akan berakhir dalam tempoh kurang sebulan.
01:18Tinjauan dijalankan ke atas 3,524 orang dewasa di Amerika dari 16 hingga 22 Mac dengan margin ralat sebanyak 4
01:27mata peratusan.
01:28Pada 28 Februari, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas sasaran di Iran termasuk di Teheran yang mengakibatkan kerusakan
01:38serta kematian orang awam.
01:40Iran kemudian bertindak balas dengan menyerang wilayah Israel dan kemudahan ketenteraan Amerika di Asia Barat.
Comments