Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Konflik Asia Barat cetus gangguan bekalan tenaga global, memaksa negara Asia melaksanakan langkah drastik termasuk catuan bahan api, penutupan universiti dan penjimatan tenaga.
Transcript
00:00Krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat kini memberi kesan meluas di rantau Asia apabila beberapa negara mula melaksanakan
00:09langkah drastik termasuk catuan bahan api, penjimatan tenaga dan sekatan aktiviti harian.
00:15Di Myanmar, kerajaan memperkenalkan sistem catuan bahan api melibatkan kenderaan persendirian melalui kaedah nombor plat ganjil dan genap bermula pada
00:26awal Mac. Kenderaan juga hanya dibenarkan berada di jalan raya mengikut pada tarikh tertentu manakala kenderaan elektrik dikecualikan daripada sekatan
00:35itu.
00:37Di Filipina pula, pengguna mula beratur panjang di stesen minyak menjelang kenaikan harga bahan api antara 17 hingga 24 peso
00:45bermula 10 Mac.
00:47Situasi sama turut dirasai di Bangladesh apabila universiti termasuk Universiti Dakar ditutup sementara bagi menjimatkan penggunaan tenaga selain perkhidmatan bas
00:56sekolah dihentikan.
00:57Di Korea Selatan, orang ramai dilihat memenuhi stesen minyak di Seoul bagi mengisi petrol lebih awal sebelum harga meningkat, mencerminkan
01:06kebimbangan pengguna terhadap ketidaktentuan pasaran tenaga.
01:09Sementara itu, di India, kekurangan gas petrolium cecair LPG memaksa restoran beralih kepada penggunaan kayu api sekaligus menjejaskan operasi dan
01:18mengurangkan menu selain menyaksikan penurunan perniagaan sehingga 70%.
01:22Di Nepal, pengguna terpaksa beratur panjang membawa selinder gas kosong selepas syarikat minyak milik negara mengarahkan penjualan selinder separuh penuh
01:31bagi menjimatkan bekalan.
01:32Thailand pula melaksanakan langkah penjimatan tenaga dengan menggalakkan penjawat awam bekerja dari rumah, mengurangkan penggunaan penghawa dingin serta melonggarkan kot
01:41pakaian rasmi bagi menghadapi suhu tinggi.
01:44Sri Lanka telah mengumumkan catuan bahan api berkuatkuasa serta merta, manakala di Pakistan, krisis tenaga memaksa Liga Kriket Domestik dianjurkan
01:53tanpa penonton bagi mengurangkan penggunaan bahan api.
01:56Dalam masa sama, Pakistan meningkatkan pergantungan kepada sumber tenaga domestik seperti hidro, arang batu dan tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan
02:05kebergantungan kepada import gas asli cecair LNG.
02:08Harga minyak global dilaporkan melonjak sehingga 25% dengan minyak mentah brand mencatat kenaikan harian terbesar sekaligus meningkatkan kos penghantaran
02:17dan tekanan ekonomi di peringkat global.
Comments

Recommended