Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution menjelaskan bahawa kerajaan MADANI kekal melindungi rakyat ketika harga minyak dunia melonjak. Subsidi RON95 mencecah RM4 bilion sebulan, namun harga kekal RM1.99. Kuota Budi95 diselaraskan kepada 200 liter mulai 1 April 2026, tanpa menjejaskan 90% rakyat. Kuota e-hailing kekal 800 liter.
Transcript
00:00Rakyat yang berpendapatan dan berbelanja lebih besar digalakkan untuk berbelanja dengan lebih berhemah, sesulan kenaikan harga minyak yang melonjak.
00:09Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyarankan mereka menyusun semula perjalanan, mengelakkan pemanduan tidak perlu, mengamalkan perkongsian kereta
00:20dan menggunakan pengangkutan awam.
00:23Dalam satu hantaran di Facebook, beliau berkata banyak negara kini terjejas dengan harga petrol yang melambung, termasuk di Hong Kong
00:30iaitu RM14 dan Singapura RM10.
00:35Dengan segala tanggungan subsidi oleh kerajaan yang sudah mencecah RM4 bilion, Saifuddin berkata jumlah itu terlalu besar untuk dibakar di
00:43atas jalan raya, sedangkan ia boleh dimanfaatkan untuk membina lebih banyak sekolah, menaik taraf hospital dan menyediakan bantuan tunai kepada
00:50golongan yang lebih memerlukan.
00:52Bagi memastikan pengurusan fiskal lebih seimbang ketika krisis global berpanjangan, kerajaan menyelaraskan had kelayakan kuota Budi 95 daripada 300 liter
01:00kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026.
01:05Saifuddin menjelaskan bahawa penyelarasan tersebut tidak memberi kesan kepada majoriti rakyat.
01:11Datang menunjukkan hampir 90% rakyat Malaysia hanya menggunakan sekitar 100 liter petrol sebulan, di mana kehidupan harian 9 daripada
01:1810 rakyat tidak akan berubah.
01:20Beliau menyeru kepada 10% pengguna yang menggunakan lebih daripada 200 liter sebulan agar melihat langkah ini sebagai dorongan mengamalkan
01:28gaya hidup yang lebih berhemat.
01:30Saifuddin menegaskan bahawa langkah ini bersifat sementara sehingga keadaan global kembali stabil.
01:34Terima kasih telah menonton!
01:35Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended