Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menggesa orang ramai supaya menghentikan amalan pembakaran terbuka susulan peningkatan mendadak kes kebakaran terbuka di negeri ini sepanjang pertengahan hingga akhir Mac 2026.
Transcript
00:00Seterusnya, Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Sarawak menggesa orang ramai supaya menghentikan amalan pembakaran terbuka, susulan peningkatan mendadak kes
00:10kebakaran terbuka di negeri ini sepanjang pertengahan hingga akhir Mac 2026.
00:16Timbalan pengarah JBPM Sarawak, Tiong Linghi berkata, statistik terkini menunjukkan tren peningkatan yang membimbangkan khususnya bermula 22 Mac hingga mencapai
00:28kemuncak pada 25 Mac.
00:31Dalam tempoh 15 hingga 26 Mac, pihaknya melihat corak turun naik pada peringkat awal namun berlaku lonjakan ketara bermula 22
00:39Mac.
00:39Kemuncaknya adalah pada 25 Mac dengan sebanyak 35 kes direkodkan dalam sehari iaitu pada tahap yang sangat tinggi.
00:46Jelasnya, kebanyakan kes berlaku akibat aktiviti pembakaran bagi tujuan pertanian selain perbuatan pembakaran secara sengaja.
00:53Menurut beliau, walaupun jumlah kes menurun sedikit kepada 24 kes pada 26 Mac, situasi itu masih berada pada tahap berjaga
01:01-jaga dan memerlukan langkah pencegahan segera oleh semua pihak.
01:05Dari segi taburan mengikut bahagian, Miri dikenalpasti sebagai kawasan paling kritikal dengan 59 kes kebakaran terbuka direkodkan, hampir dua kali
01:15ganda berbanding Sibu yang mencatatkan 29 kes.
01:19Selain itu, Bintulu 24 kes dan Mukah 23 kes turut menunjukkan tahap risiko sederhana yang memerlukan pemantauan rapi.
01:26Kuching pula merekodkan 11 kes diikuti Betong 8 kes dan Sri Aman 5 kes.
01:32Beberapa kawasan lain seperti Serian, Samarahan, Sarike dan Kapit mencatatkan jumlah kes yang lebih rendah iaitu antara 3 hingga 4
01:40kes, manakala Limbang tidak merekodkan sebarang kes dalam tempoh berkenaan.
01:44Tiong menegaskan bahawa pembakaran terbuka, terutama dalam keadaan cuaca panas dan kering, boleh menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat serta menjejaskan
01:53kualiti udara.
Comments

Recommended