Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Seorang penunggang e‑hailing maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Pantai Baru kilometer 3, Petaling Jaya pada Khamis. Mangsa, lelaki tempatan berusia 30‑an, dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kiri akibat kerosakan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang penunggang e-hailing maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Leboraya Pantai Baru di Petaling Jaya pada Khamis.
00:08Menurut Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, Husin Solehuddin Zokifli, pihaknya menerima makluman mengenai kemalangan maut itu pada jam 1.50
00:16petang.
00:17Jelas Husin, pemeriksaan mendapati mangsa adalah seorang lelaki warga tempatan berumur 30-an dan bekerja sebagai penghantar motosikal e-hailing.
00:26Difahamkan kejadian berlaku apabila mangsa yang sedang melalui jalan tersebut melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kiri
00:35jalan dipercayai akibat kerusakan.
00:38Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
00:45Beliau turut menyeru agar orang ramai yang berada di tempat kejadian agar segera tampil ke balai polis berhampiran
00:52atau hubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor J. Silang Supaya di talian 011-1025-2531
01:01atau hubungi IPD Petaling Jaya di talian 03-766-2222 bagi membantu siasatan.
01:10Terima kasih telah menonton!
01:12Terima kasih telah menonton!
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended