Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Rakyat digesa untuk terus bersatu hati, berfikiran rasional dan mengutamakan manfaat umum dalam menghadapi krisis tenaga global susulan konflik berterusan di Asia Barat. Seruan itu disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, yang menyatakan majoriti rakyat menunjukkan sikap matang dan rasional, selain menyokong kepimpinan negara. Kenyataan ini dibuat susulan pengumuman kerajaan mengenai penyelarasan sementara kelayakan Program BUDI MADANI RON95, sementara harga petrol bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter.
Transcript
00:00Sementara itu, rakyat digesa untuk terus bersatu hati, berfikiran rasional dan mengutamakan manfaat umum dalam mendepani krisis tenaga dunia yang
00:08semakin mencabar ketika ini susulan konflik di Asia Barat.
00:12Kenyataan tersebut disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Dr. Zulkifli Hassan dalam satu hantaran di Facebooknya yang
00:19turut berpendapat bahawa pengumuman langkah terkini kerajaan dalam menangani krisis tenaga itu wajar diterima dengan penuh keinsafan.
00:28Jelasnya hasil dari pemahatian beliau serta pihaknya mendapati majoriti rakyat menunjukkan sikap rasional dan memahami situasi semasa selain turut mendoakan
00:37dan memberikan sokongan kepada kepimpinan negara dalam tempoh yang sukar ini.
00:42Zulkifli menambah bahawa rakan-rakan dari luar negara turut menyatakan kekaguman terhadap pendekatan Malaysia yang dilihat berkesan dalam menguruskan krisis
00:49berkenaan.
00:50Beliau menjelaskan bahawa berbanding banyak negara lain, Malaysia masih menikmati pelbagai kelebihan termasuk penyediaan subsidi tenaga kepada rakyat.
00:59Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan khas pada Kamis mengumumkan kerajaan akan melaksanakan penyelarasan sementara kelayakan program
01:06Budi Madani Ruan Sampolima atau Budi Sampolima
01:09dengan hak bulanan dikurangkan daripada 300 litre kepada 200 litre bermula 1 April 2026.
01:16Langkah itu dibuat sesuatu konflik berterusan di Asia Barat yang menjejaskan pasaran tenaga global.
01:22Bagaimanapun, Anwar menegaskan bahawa harga petrol Ruan Sampolima bersubsidi kekal pada RM1.99 se-liter.
Comments

Recommended