Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Ketua Pegawai Eksekutif Zikra, Imran Mohd Zaki, menjelaskan mengapa ramai individu berkongsi secara berlebihan di media sosial ketika mengalami masalah mental. Beliau menekankan bahawa stigma, tekanan emosi dan keinginan semula jadi manusia untuk dihargai mendorong perilaku ini. Namun, tindakan yang bercanggah dengan nilai moral tetap perlu dipertanggungjawabkan dan media sosial bukan tempat mencari penyelesaian.
Transcript
00:00Perkongsian berlebihan di media sosial atau ruang perbincangan fizikal kini semakin membimbangkan, terutama apabila ia melibatkan pendedahan aib, trauma pribadi
00:11atau masalah kesihatan mental hanya kerana mencari validasi daripada orang ramai.
00:17Ketua Pegawai Eksekutif Zikra, Imran Muhammad Zaki berkata, kecenderungan ini berpunca daripada dua sisi iaitu stigma masyarakat terhadap kesihatan mental
00:26dan keperluan manusia untuk dihargai.
00:32Menurut Imran, pesakit mental perlu sifat mempunyai kasih sayang terhadap diri sendiri, termasuk memahami bahawa emosi mereka itu sah tetapi
00:41tindakan yang bercanggah dengan moral atau agama tetap perlu dipertanggungjawabkan.
00:47Beliau berpesan bahawa ketika seseorang berada dalam episod kemurungan atau krisis emosi, media sosial boleh menjadi tempat yang memburukkan keadaan.
01:00Kita faham, benda ini memang susah, benda ini memang satu emosional struggle yang sangat-sangat berat untuk dilalui.
01:07Tapi kita kena faham ketika episod itu berlaku ataupun relaps itu berlaku, tahan diri daripada dekat dengan sosial media.
01:13Tahan diri daripada menulis apa-apa ataupun rekod apa-apa.
01:16Pergilah jauh mana-jauh mana dulu, buatlah apa pun, relaps dulu tapi jangan masuk dalam ruangan yang sifatnya akan lebih
01:23mengeruhkan keadaan.
01:24Mudah-mudahan itu menjadi satu keadaan yang kita faham. Benda itu ada tapi di sisi lain juga kita kena faham
01:30setiap orang bertanggungjawab dengan tindakan.
01:31Dan ada harga yang perlu dibayar setelah daripada kita lakukan sesuatu.
01:36Mengulas lebih mendalam, Imran menyatakan bahawa keinginan untuk dihargai adalah sifat semula jadi manusia seperti yang disebut dalam surah Al
01:45-Insan.
01:47Maksudnya kita memang orang yang hidup di atas muka bumi ini, Allah SWT sebut dalam surah Al-Insan, salah satu
01:54sifat manusia ini ialah madhkur.
01:56Dia mahukan dihargai. Dia nak orang appreciate dia. Orang cakap terima kasih kepada dia.
02:01Orang buat sesuatu, kita buat sesuatu, kita aspek sesuatu. Walaupun kita kata, aku tak aspek apa-apa, jangan risau.
02:08Tak, sebenarnya kita ada expectation bahawa at least kau cakap terima kasih kepada aku kan. So, asalnya begitu.
02:13Namun beliau menegaskan bahawa keperluan itu perlu dipenuhi dalam ruang yang selamat, bukan dengan mendedahkan perkara pribadi yang boleh memberi
02:23kesan jangka panjang terhadap reputasi, hubungan dan kesihatan mental seseorang.
02:29Pandangan ini dikongsikan dalam rancangan Awani Pagi pada Jumaat.
Comments

Recommended