Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilaporkan mencari sokongan daripada China susulan konflik yang dicetuskan Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel, ke atas Iran, ketika ketegangan di Timur Tengah terus meningkat.
Transcript
00:00Dan seterusnya Fauzi, Presiden Donald Trump mencari talian hayat dalam konflik yang dicetuskan oleh Amerika dan sekutunya Israel ke atas
00:07Iran.
00:07Trump dijaduakan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 14 dan 15 Mei dalam lawatan pertama beliau ke negara untuk tempoh
00:158 tahun.
00:16Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan diplomatik dan memastikan Beijing bersikap positif terhadap tindakan Amerika Syarikat di Asia Barat.
00:23Lawatan itu, Fauzi kalau ikutkan bakal menyaksikan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping ketika kedua-dua negara berusaha untuk menstabilkan
00:32hubungan yang tegang terutamanya dalam isu perdagangan dan geopolitik.
00:36Menurut Trump, persiapan bagi lawatan bersejarah itu di peringkat akhir dan beliau merancang untuk menjemput Xi Jinping melakukan lawatan balas
00:43ke Washington.
00:43Dan dalam perkembangan yang sama, kedua-dua pemimpin dijangka akan membincangkan kerjasama ekonomi termasuk perdagangan pertanian dan juga alat ganti
00:52pesawat.
00:52yang mana isu sensitif, Fauzi seperti Taiwan turut dijangka menjadi tumpuan utama.
Comments

Recommended