Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak bertungkus lumus memadamkan tiga kebakaran besar melibatkan kawasan hutan dan belukar di Bintulu, susulan cuaca panas sejak Isnin.
Transcript
00:00Jabatan Bomba dan Penyelamat JBPM Sarawak bertungkus lumus memadamkan tiga kebakaran besar melibatkan kawasan hutan dan belukar di Bintulu, susulan
00:10cuaca panas sejak Isnin.
00:12Menurut penolong pengarah bagian operasi kebombaan dan penyelamat Sarawak, Mohd Fauzi Mohd Kifli, kawasan terlibat termasuklah hutan Simi Lajau, Bintulu
00:22yang mula terbakar pada petang selasa.
00:25Operasi pemadaman dilakukan anggota Balai Kidurung dengan menggunakan water tanker bagi menyelamatkan dua bangunan penting yang terletak berdekatan iaitu loji,
00:36petrolium dan bangunan milik TM.
00:40Kebakaran dianggarkan melibatkan kawasan seluas lebih 4 hektare dan operasi pemadaman berjalan lancar.
00:48Terut terbakar ialah kawasan belukar di jalan Kuala Anau, Tatau melibatkan kawasan kebun berkeluasan 2 ikar.
00:56Kebakaran terbesar pula melibatkan tanah gambut dan belukar di Kuala Tatau serupai yang mula dikesan sejak petang Isnin.
01:04Operasi pemadaman pada Khamis terpaksa mendapatkan bantuan unit udara bomba Miri menerusi pesawat MI-17 berikutan tiada sumber air terbuka
01:15selain sukar diakses.
01:17Dianggarkan sejumlah 8 hektare kawasan telah terbakar dan kerja-kerja pemadaman berjaya memadamkan lebih 3 ikar kawasan.
01:27Sebanyak 40 operasi water booming telah dilakukan dengan mengambil sumber air dari laut.
Comments

Recommended