Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Hasil sesi libat urus bersama Malaysia Retail Association (MRA) mendapati situasi semasa masih terkawal, meskipun industri berdepan peningkatan kos logistik dan bahan pembungkusan.
Transcript
00:00Terima kembali, niagawan ini dimulakan dengan kenyataan kerajaan yang memberi jaminan bekalan barangan keperluan asas kekal mencukupi
00:07walaupun berdepan tekanan rantaian bekalan global susulan konflik Asia Barat.
00:11Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kursar Hidup, Datuk Armiza Muhammad Ali berkata,
00:15hasil sesi libat urus bersama Malaysia Retail Association MRA mendapati situasi semasa masih terkawal.
00:22Jelasnya melalui pengukuhan kerjasama antara kerajaan dan industri,
00:25bekalan barang-barang keperluan asas yang diimport adalah mencukupi biarpun berhadapan dengan beberapa isu khususnya peningkatan kos logistik dan bahan
00:34pembungkusan.
00:35Mengulas lanjut, Armiza berkata ketegangan geopolitik semasa memberi tekanan kepada rantaian bekalan global
00:41namun langkah awal serta pemantauan berterusan membolehkan kesan terhadap pasar domestik diminimumkan.
00:49Dalam balik itu, Armiza menegaskan aspek penguatkuasaan turut diperkasa bagi mengelakkan ketirisan subsidi bahan api
00:56yang boleh menjejaskan kestabilan pasaran tempatan.
00:59Bermula 1 April 2026, larangan pembelian dan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing
01:07akan diperluas dengan turut mengenakan kesalahan kepada pemandu dan pemilik kenderaan terbabit
01:12bukan lagi hanya kepada pengusaha stasi minyak.
01:14Langkah ini penting bagi memastikan subsidi disasarkan tidak disalahguna
01:19lebih-lebih lagi dalam keadaan ketidaktentuan global ketika ini.
01:22Beliau menambah operasi penguatkuasaan melalui Ops Tiris 4.0 bersepadu akan dipergiat
01:28khususnya di kawasan sempadan bagi membantras aktiviti penyeludupan bahan api.
01:33Sehubungan itu, Armiza mengingatkan semua pihak agar mematuhi peraturan ditetapkan
01:37dan memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu
01:41atau sindiket yang didapati terlibat penyelewengan subsidi.
Comments

Recommended