00:00Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong berkata China akan menjadi faktor penting dalam menyokong prospek pertumbuhan Asia ketika ekonomi global berdepan
00:08tekanan akibat konflik dan pemecahan perdagangan.
00:11Katanya China mampu memainkan peranan yang lebih besar dalam menyokong kemakmuran dan kestabilan serantau dengan pasaran domestik China yang luas
00:18berpotensi menjadi enjin pertumbuhan kukuh bagi rantau ini.
00:25Menurut Wong, China juga boleh menjadi penyokong kuat kepada perdagangan terbuka dan berasaskan peraturan di Asia.
00:32Beliau merujuk kepada usaha Beijing dalam menubuhkan platform seperti Asian Infrastructure Investment Bank, Belt and Road Initiative serta perlimbatan dalam
00:41World Trade Organization dan perjanjian serantau lain.
00:44Wong menyatakan harapan agar China meneruskan hala tujuh itu dengan menyokong pasaran terbuka serta mengukuhkan keyakinan terhadap sistem perdagangan global
00:53stabil dan boleh diramal.
00:56Beliau turut menggesa ekonomi sahaluan supaya membentuk aturan plurilateral yang lebih kecil memandangkan perjanjian pelbagai hala kini amat sukar dicapai.
01:05Walaupun bukan pilihan ideal, pendekatan ini dilihat lebih fleksibel dan praktikal untuk mengekalkan momentum perdagangan dunia.
01:12Wong berkata demikian semasa forum BoAu untuk Asia di Hainan pada Khamis.
01:18Forum tersebut yang sering dirujuk sebagai Davos, China menyaksikan pemimpin antarabangsa berulang kali menyeru kerjasama ketika ekonomi dunia masih terkesan
01:28akibat tarif tinggi AS serta berdepan kejutan baru daripada konflik di Asia Barat.
Comments