Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Tertuduh pukul, lempang, tarik rambut dan langgar kepala isteri dengan motosikal.
Transcript
00:00Tindakan seorang penghantar makanan membelasah isterinya yang sedang hamil sebelum melanggar kepala dengan motosikal dua minggu lalu
00:08membawa padah apabila dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Magistret Air Geruh.
00:14Magistret Nur Afiqah Radiyah Zainurin menetapkan hukuman selepas tertuduh Muhammad Aidil Azhar Rahmat 22 tahun membuat pengakuan bersalah
00:22sejurus dua pertuduhan terhadap yang dibacakan oleh jurubahasa.
00:28Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh dipercayai dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 20 tahun dengan cara menumbuk belakang kepala
00:37mangsa.
00:38Bagi pertuduhan kedua, tertuduh turut ditapati menyebabkan kecederaan terhadap mangsa sama dengan cara menampar muka, memukul kepala dan menolak isterinya
00:48sehingga jatuh.
00:48Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 3.59 pagi dan 4.6 pagi 15 Mac 2026 lalu ketika berada di
00:58dalam dan kaki lima sebuah premis pusat karaoke di kompleks perniagaan Kota Syah Bandar, Melaka Tengah.
01:04Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua
01:13tahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
01:19Berdasarkan fakta kes, ibu mangsa tampil membuat laporan polis selepas gagal menghubungi anak perempuannya yang keluar rumah bersama bayi lelakinya
01:27berusia setahun dua bulan.
01:28Ibu mangsa kemudian bertindak memeriksa rakaman kamera litar tertutup CCTV premis pusat karaoke berkenaan dan mendapati tertuduh bertindak memukul, melempang,
01:39menarik rambut dan melanggar kepala mangsa yang sedang terbaring dengan motosikal.
01:45Mangsa dibawa ke hospital belaka dengan menaiki ambulans dan dirawat di zon merah dan suspek berjaya ditahan empat hari kemudian.
Comments

Recommended