Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Ketua Pengarah IEA, Fatih Birol, berkata agensi itu sedia bertindak jika keadaan memerlukan, khususnya selepas penutupan separa Selat Hormuz yang menjejaskan aliran perkapalan komersial serta rantaian bekalan minyak mentah antarabangsa.
Transcript
00:00Agensi Tenaga Antarabangsa IEA menyatakan kesediaan melepaskan lebih banyak rezab minyak kecemasan.
00:07Langkah itu bagi menangani lonjakan harga tenaga global susulan gangguan bekalan akibat konflik di Asia Barat.
00:15Ketua Pengarah IEA Fatih Birul berkata agensi itu sedia bertindak jika keadaan memerlukan,
00:21khususnya selepas penutupan separa selat hormus yang menjejaskan aliran perkapalan komersial
00:27serta rantaian bekalan minyak mentah antarabangsa.
00:30Sambil memberi amaran dunia kini berdepan ancaman keselamatan tenaga yang amat serius,
00:36Fatih menegaskan sebanyak 80% daripada stok simpanan masih tersedia.
00:43Kenyataan itu dibuat di Tokyo selepas Perdana Menteri Jepun Sanai Takechi meminta IEA
00:48bersiap sedia untuk fasa kedua pelepasan stok kecemasan sejajar dengan usaha negara itu memastikan kestabilan bekalan tenaga domestik.
00:56If the situation requires more support from the IEA, we are there,
01:03and even though 400 million baris is a huge amount of oil, both crude oil and products,
01:09we still have a significant amount of oil in our stocks, 80% of our stocks are still with us.
01:18These 400 million baris were only 20% of our stocks.
01:23If and when necessary, we are ready to move forward.
01:28But I very much hope that it will not be necessary.
01:31Terdahulu, IEA yang berpangkalan di Paris umum pelepasan 400 juta tung minyak
01:37daripada simpanan kecemasan negara anggota,
01:39iaitu jumlah terbesar pernah direkodkan dalam sejarah penubuhannya.
01:44Pelepasan itu bertujuan menampung kekurangan bekalan global,
01:46berikutan gangguan teruk di Selat Hormuz.
Comments

Recommended