00:00Randhill SAJ menjalin kerjasama strategik bersama syarikat telekomunikasi YES bagi memperkenalkan inisiatif baru yang bertujuan membantu isi rumah di Johor
00:09mengurangkan kos hari hidup
00:11disamping memperkukukan kesaling hubungan digital di seluruh negeri itu.
00:15Melalui kerjasama ini, penduduk layar yang mendaftar pelan YES 5G Advanced Broadband akan menerima baucer bil air bernilai RM10.50
00:23sebulan bagi tempoh enam bulan pertama.
00:27Inisiatif ini menggabungkan dua keperluan asas isi rumah iaitu bekalan air bersih dan akses internet berkelajuan tinggi.
00:34Ketua Pegawai Eksekutif Interim Randhill SAJ Mohd Hazir Hanafi berkata kerjasama itu mencerminkan komitmen syarikat bukan sahaja dalam menyediakan perkhidmatan
00:44air yang selamat dan boleh dipercayai malah meningkatkan kualiti hidup harian rakyat Johor.
00:49Menurutnya, inisiatif ini turut menggalakkan orang ramai menggunakan platform digital seperti aplikasi Randhill SAJ untuk pengurusan akaun dan bil air.
00:58Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing Kay Lee berkata kerjasama berkenaan membuktikan bagaimana sambungan digital boleh digabungkan dengan
01:08perkhidmatan asas bagi menyokong komuniti.
01:10Tambah beliau rangkaian YES 5G Advance yang merupakan antara paling maju di negara ini akan membolehkan lebih banyak isi rumah
01:17di Johor menikmati internet berkelajuan tinggi dengan kos mampu milik.
01:22Inisiatif ini juga menyokong agenda bandar pintar dan transformasi digital Johor dengan penduduk digalakkan untuk mengurus utiliti secara digital serta
01:30meningkatkan tahap celik digital dalam kalangan komuniti tempatan.
01:34Penduduk Johor boleh menyertai program ini dengan memuat turun aplikasi Randhill SAJ, melanggan pelan YES Broadband yang layak dan mendaftarkan
01:42nombor akaun air SAJ untuk pengesahan.
01:46Kerjasama strategi ini dijangka memberi manfaat kepada lebih ramai isi rumah selari dengan usaha kerajaan negeri untuk membina komuniti Johor
01:53yang lebih bersambung berdaya digital dan mampan.
Comments