Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Cubaan seorang warga emas bersama cucunya untuk menguji sebuah bot baharu di sungai berhampiran Taman Bersatu bertukar tragedi apabila lelaki berusia 60 tahun itu ditemukan meninggal dunia, manakala cucunya yang berusia 10 tahun masih hilang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Cubaan seorang datuk bersama cucunya untuk menguji sebuah bot baru di sungai berhampiran Taman Bersatu bertukar tragedi apabila warga emas
00:09itu ditemui meninggal dunia.
00:11Manakala cucunya masih dilaporkan hilang dalam operasi mencari dan menyelamat SA hari kedua pada Rabu.
00:17Menurut pemangku Ketua Balai Bomber dan Penyelamat BBP Keningau Desmond Al-Miki, operasi SA yang bermula seawal jam 6.10
00:26pagi itu melibatkan anggota dari BBP Keningau, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta dibantu komuniti setempat.
00:36Jelas beliau, mangsa lelaki berusia 60 tahun itu ditemukan oleh pasukan orang awam dikenali sebagai Tim Gallant Star pada jam
00:455.21 petang kira-kira 7km dari lokasi terakhir mereka dilaporkan hilang.
00:52Tambahnya, penemuan jasad mangsa ditemui dalam keadaan menelentang dan terlindung di sebalik timbunan pokok serta dahan sawit yang dihanyutkan arus
01:01di tengah sungai.
01:02Pasukan penyelamat menjalankan pencarian menggunakan kaedah pencarian di permukaan air, berangkumi kawasan Sungai Banjar hingga ke Sungai Mempikit sebelum mangsa
01:12pertama berjaya dikesan pada lewat petang.
01:15Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan jasad mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis Diraja Malaysia untuk tindakan
01:24lanjut.
01:24Bagaimanapun, Desmond memberitahu nasib cucu mangsa yang berusia 10 tahun masih belum diketahui apabila kanak-kanak itu belum ditemukan sehingga
01:33operasi SA hari kedua ditangguhkan.
01:36Jelas Desmond, pencarian terpaksa ditangguhkan pada jam 6.37 petang atas arahan pihak polis berikutan keadaan cuaca yang semakin gelap
01:45serta mengambil kira faktor keselamatan anggota penyelamat.
01:49Operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan mangsa kedua dijadualkan bersambung semula seawal pagi Khamis dengan tumpuan di kawasan sekitar penemuan
01:57mangsa pertama serta kawasan hilir sungai.
Comments

Recommended