Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Iran menolak cadangan gencatan senjata 15 perkara Amerika Syarikat dan menetapkan lima syarat sendiri, termasuk pampasan, jaminan keselamatan serta pengiktirafan kedaulatan di Selat Hormuz, sambil menegaskan operasi pertahanan akan diteruskan.
Transcript
00:03Iran menolak cadangan gencata senjata 15 perkara yang dikemukakan Amerika Syarikat Tehran sebaliknya tegaskan sebarang gencataan hanya akan berlaku
00:13mengikut syarat dan garis masa yang ditetapkan oleh Republik itu menurut seorang pegawai kanan yang dipetik oleh stesen televisyen rasmi
00:22Press TV.
00:25Perkara itu disahkan pegawai kanan yang dipetik oleh stesen televisyen rasmi Press TV.
00:31Menurut pegawai berkenaan, Iran tidak akan membenarkan Presiden Donald Trump menentukan perjalanan konflik sambil menegaskan bahawa operasi pertahanan akan diteruskan
00:41sehingga tuntutan Iran dipenuhi.
00:44Tehran turut menggariskan lima syarat utama untuk bersetuju dengan gencata senjata.
00:48Ini termasuk penamatan sepenuhnya apa yang digambarkan sebagai pencerobohan dan pembunuhan sasaran, penubuhan jaminan untuk mengelakkan perang berulang,
00:57pembayaran ganti rugi dan pampasan, penamatan keseluruhan pemusuhan di semua medan yang melibatkan kumpulan sekutu serantau.
01:06Selain itu, ia menuntut pengiktirafan terhadap kedaulatan Iran ke atas Selat Hormuz yang dianggap penting bagi memastikan pematuhan kepada sebarang
01:14perjanjian.
01:15Menurut pegawai kanan tersebut, tuntutan-tuntutan ini adalah lanjutan daripada pendirian yang telah dibentangkan dalam pusingan rundingan sebelum ini di
01:25Geneva yang berlangsung sebelum ketegangan terbaru pada 28 Februari.
01:30Iran telah memaklumkan kepada para perantara bahawa tiada rundingan akan diadakan melainkan semua syaratnya diterima sambil mengunangi bahawa gejata senjata
01:39bergantung kepada pematuhan sepenuhnya.
01:42Menurut laporan The New York Times, Amerika Syarikat telah menghantar plan 15 perkara kepada Iran untuk menamatkan perang melalui Pakistan.
Comments

Recommended