Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ketahanan ekonomi negara susulan perkembangan geopolitik semasa dan tekanan ekonomi global, khususnya akibat konflik di Asia Barat.
Transcript
00:00Malaysia berusaha memastikan keterjaminan bekalan tenaga termasuk mempelbagaikan sumber dan meneroka laluan alternatif
00:06bagi mengurangkan kebergantungan kepada laluan berisiko seperti selat hormus dalam menghadapi kesan kepada konflik Asia Barat.
00:15Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah intervensi awal yang proaktif
00:20dan menyeluruh dengan segera bagi memastikan ketahanan ekonomi negara terus terpelihara.
00:25Katanya perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara M10 yang dipengerusikannya pada Rabu
00:32walaupun masih dalam suasana perayaan Aidilfitri, kesejahteraan rakyat khususnya kos sari hidup kekal menjadi keutamaan kerajaan.
00:41Situasi ini akan terus dipantau dengan maklumat disalurkan secara telus kepada rakyat.
00:46Dalam mendepani cabaran ini, ketegangan disiplin dan semangat kebersamaan amat penting bagi memastikan negara kekal stabil dan berdaya tahan.
Comments

Recommended