Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Sebanyak 80 keluarga mangsa kebakaran di Tawau menerima bantuan tunai bagi persiapan Aidilfitri melalui Tabung Yayasan Kebajikan Sabah, meringankan beban selepas kediaman mereka musnah awal Februari lalu.
Transcript
00:00Kami telah ditimpa musibah kebakaran ini, sekurang-kurangnya dengan bantuan tersebut dapatlah kami menyiapkan pakaian juada-juada Hari Raya dengan
00:13duit bantuan tersebut.
00:18Awal Februari lalu, 40 buah rumah di kampung Titingan Tawau Lama musnah di jilat api. 80 keluarga tinggal selai sepinggang.
00:29Hari ini, mereka mampu menarik sedikit nafas lega selepas ada pihak sudi mengulurkan bantuan bagi menampung perbelanjaan menyambut lebaran.
00:41Sedikit sebanyak itu kami bersyukur. Apa-apa bantuan yang diterima itu, Alhamdulillah untuk pihak kami semua dapat meringankan beban walaupun
00:51sedikit sebanyak pun, itu kami sudah bersyukur.
00:54Persiapan raya ini ala kadar sejaklah, beli yang penting-penting saja sebab kita ini kan ada dua orang anak masih
01:00bersekolah.
01:02Masih juga di situ untuk sewa tempat tinggal itu kan, ada jiran-jiran yang ada rumah sewa itu kami bertapak
01:07di situ.
01:08Itulah, iya, persewakan rumah.
01:10Untuk persiapan raya, kami akan menyambut raya tahun ini dengan serba kekurangan lah sebab kami pun tiada tempat tinggal.
01:19Jadi, sebab itulah pentingnya bantuan-bantuan seperti ini untuk mangsa-mangsa seperti kami.
01:24Kami akan tetap semangat untuk sambut raya walaupun dalam serba kekurangan.
01:30Bayasan ini baru ditubuhkan. Pada pendapat saya memang penting lah sebab kita tahu masyarakat Sabah ini terlalu ramai dan mungkin
01:38banyak yang perlu diberi perhatian kerana masih banyak lagi orang yang susah.
01:44Sementara itu, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata,
01:51Bantuan ini adalah sokongan kepada rakyat supaya dapat bergembira menyambut Aidilfitri.
01:57Pada tabung inilah kita telah dapat membantu ramai rakyat Sabah yang ditimpa musibah bukan sahaja musibah kebakaran tetapi banjir, kemalangan
02:10dan sebagainya.
02:11Bantuan yang disalurkan ini secara tunai kepada 80 KRI ini akan dapat menceriakan mereka, meringankan bebanan mereka khususnya di dalam
02:25menghadapi Hari Raya Aidilfitri.
02:29Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penyampaian bantuan tersebut di Dewan Terbuka Majlis Perbandaran Tawau MPT baru-baru ini.
02:39Sumbangan tunai ini adalah dari tabung Yayasan Kebajikan Sabah yang telah diwujudkan sejak Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah GRS memerintah.
Comments

Recommended