Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Firma itu berkata, sektor tersebut terus disokong oleh peningkatan permintaan terhadap infrastruktur digital, selain pelaksanaan projek awam berskala besar di seluruh negara.
Transcript
00:00Prospek industri pembinaan negara kekal positif dalam tempoh terdekat disokong oleh jumlah pesanan yang kukuh serta aliran projek infrastruktur dan
00:08pusat data.
00:09Menurut firma penyelidikan BIMB Securities, ini walaupun prestasi pendapatan dalam kalangan kontraktor dilihat bercampur-campur sejak beberapa suku sebelum ini.
00:21Firma itu berkata sektor tersebut terus disokong oleh peningkatan permintaan terhadap infrastruktur digital selain pelaksanaan projek awam berskala besar di
00:32seluruh negara.
00:33Justru BIMB mengekalkan penarafan overweight terhadap sektor pembinaan selepas menilai keputusan suku tahunan syarikat-syarikat kontraktor di bawah liputannya.
00:43Daripada tujuh syarikat yang dipantau, dua mencatatkan pendapatan melebihi jangkaan, dua selari dengan unjuran dan tiga gagal mencapai sasaran.
00:53Menurut firma itu, perbezaan prestasi itu dipengaruhi oleh variasi dalam pendedahan projek serta tempoh pelaksanaan projek yang berbeza.
01:01Firma itu mendapati syarikat yang mempunyai pendedahan lebih besar kepada pembinaan sektor swasta, khususnya projek pusat data berskala besar, mencatatkan
01:11prestasi kewangan yang lebih kukuh.
01:13Kumpulan tersebut terus mengatasi prestasi sektor kerana disokong oleh pelaksanaan projek yang lebih pantas serta marjin keuntungan yang meningkat.
01:22Firma itu menjangka pembangunan pusat data kekal sebagai pemangkin utama pendapatan kontraktor.
01:28Khususnya apabila projek pusat data hyperskill di Johor, Lemah Kelang dan Negeri Sembilan memasuki fasa pembinaan yang lebih intensif.
01:37Turut dijangka menjadi pemangkin adalah projek infrastruktur digital, ril, lebuh raya dan air yang sedang berjalan.
01:45BIMB bagaimanapun berkata, beberapa risiko masih perlu diberi perhatian termasuk kelewatan projek, kekurangan tenaga kerja dan peningkatan kos pembinaan.
01:55Firma itu turut memberi amaran bahawa kemasukan pelaburan asing ke dalam ekosistem pusat data Malaysia mungkin melembab untuk bergerak kehadapan.
Comments

Recommended