Skip to playerSkip to main content
  • 4 weeks ago
Israel mengumumkan pembukaan semula sebahagian Lintasan Rafah pada rabu ini, selepas ia ditutup atas faktor keselamatan.
Transcript
00:00Dari sekali, Israel mengumumkan pembukaan semula sebahagian lintasan Rafah bermula Rabu ini
00:05selepas ia ditutup atas faktor keselamatan.
00:09Dalam satu kenyataan, penyelaras aktiviti kerajaan Israel di wilayah Palestine
00:13maklumkan lintasan kena akan dibuka secara terhad bagi pergerakan orang awam saja
00:18dan melibatkan perjalanan dua hala.
00:24Menurut kenyataan berkenaan, keputusan itu dibuat selepas penilaian keselamatan
00:29serta penelitian terhadap keadaan yang membolehkan operasi di lintasan tersebut disambung semula
00:35namun masih tertakluk kepada sekatan keselamatan yang ketat berikutan ancaman di kawasan itu.
00:42Operasi lintasan itu akan dilaksanakan mengikut mekanisme sebelum penutupan
00:46dengan pergerakan penduduk Gaza diselaraskan bersama Mesir
00:50selepas mendapat kelelusan keselamatan Israel serta pemantauan oleh misi Kesatuan Eropah.
00:56Dalam masa sama, Israel turut memaklumkan prosedur saringan dan pengesahan identiti tambahan
01:02akan dilaksanakan terhadap individu yang melalui lintasan tersebut.
01:07Lintasan Rafah yang terletak di sempadan selatan Gaza dan Mesir
01:11merupakan laluan penting bagi penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza.
01:15Ia sebahagian besarnya ditutup sejak tentera Israel menguasai bahagian Gaza pada Mei 2024
01:21sekaligus menyebabkan wilayah itu semakin terputus dari dunia luar
01:27dan memburukkan lagi krisis kemanusiaan.
01:30Ia dibuka semula pada 2 Februari dan ditutup semula pada 28 Februari
01:35atas alasan keselamatan susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended