Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO, yang bakal mencecah usia 80 tahun, kekal sebagai antara parti politik tertua di rantau ASEAN, dengan legasi perjuangan yang mencerminkan ketahanan serta peranan penting dalam pembangunan negara.
Transcript
00:00Amno yang bakal mencecah usia 80 tahun kekal sebagai antara parti politik tertua di rantau ASEAN dengan legasi perjuangan yang
00:09mencerminkan ketahanan serta peranan penting dalam pembangunan negara.
00:13Presiden Amno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan sejarah yang panjang, Amno telah melalui pelbagai fasa perjuangan dan perubahan
00:22landscape politik yang mencerminkan pengalaman, ketahanan serta peranan penting dalam pembangunan negara.
00:30Menerusi satu hantaran di Facebook beliau, Ahmad Zahid berkata, seiring dengan peredaran masa, usaha melahirkan barisan pelapis yang berwibawa amat
00:38penting.
00:39Ini bagi memastikan kesinambungan perjuangan dan kekal relevan pada masa hadapan. Ahmad Zahid yang juga pengerusi barisan nasional, berkata demikian
00:48bersempena dengan keluaran khas ulang tahun ke-80 Amno.
00:51Menurut perkongsian itu, Amno yang ditubuhkan pada 1946 bakal mencapai usia 8 dekad pada tahun ini.
00:58Ia menjadikannya setaraf dengan beberapa parti politik lama di ASEAN, termasuk Parti Demokrat Thailand, selain Parti Tindakan Rakyat PAP Singapura
01:07yang berusia 70 tahun dan Golkar Indonesia 60 tahun.
Comments

Recommended