00:00Polis menumpaskan satu sindiket memberi pinjaman wang tanpa lesin alung di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, susulan penahanan lima lelaki
00:08tempatan dalam serbuan di Georgetown Rabu Lepas.
00:12Ketua Polis Pulau Pinang, Dato' Azizi Ismail berkata, kesemua suspek yang berumur 19 hingga 29 tahun itu ditahan sepasukan polis
00:20hasil maklumat dan risikan menerusi Ops Vulture.
00:25Menurutnya, sindiket itu menawarkan pinjaman secara dalam talian dan secara bersemuka kepada peminjam dengan kadar faedah antara 5 hingga 10
00:33peratus secara mingguan atau bulanan bergantung kepada keselesaan peminjam.
00:38Mereka menyasarkan golongan penjaja dan peniaga kecil di sekitar Pulau Pinang serta Kuala Lumpur sejak 2022.
00:45Polis turut merampas pelbagai barangan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan itu termasuk 16 telefon bimbit, sebuah tablet, satu fail dokumen,
00:55dua kad ATM serta tiga alat kawalan jauh kenderaan.
00:58Polis juga menyita empat kenderaan iaitu sebuah Mercedes, Toyota Alphard, Pro2 Myvi dan juga Viva.
01:04Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 5-2 Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.
Comments