00:00Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menegaskan komitmen berterusan Baginda dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan selaras dengan prinsip
00:10pembangunan Johor yang inklusif.
00:12Menurut satu hantaran di Instagram The Royal Johor, Baginda bertitah akan sentiasa memantau serta mengingatkan kerajaan agar kekal komited dalam
00:21melaksanakan misi pembangunan negeri.
00:26Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri Johor atas komitmen berterusan dalam memacu pembangunan negeri melalui dasar dan polisi yang
00:34tegas,
00:35di samping meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama. Baginda pada masa sama merakamkan penghargaan kepada kerajaan persekutuan yang sentiasa memberikan
00:44kerjasama dan sokongan kepada Johor dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan, ekonomi, peluang pekerjaan serta pembangunan infrastruktur.
00:53Dalam pada itu, Tunku Mahkota Ismail turut menekankan kepentingan sistem pendidikan negeri selain keperluan memperkukuh dialog terbuka antara kerajaan negeri
01:02dan persekutuan mengenai cukai pendapatan negeri.
01:06Titah Baginda ini bertujuan bagi Johor memperkukuh keupayaan pentadbiran negeri dalam membantu rakyat.
Comments