00:00Program Penilaian Kenderaan Baharu untuk Negara-Negara Asia Tenggara atau ASEAN NCAP secara rasmi menarik balik penarafan keselamatan 5 bintang
00:10bagi model Proton X90,
00:12susulan pelancaran model Facelift 2026 yang didapati tidak lagi dilengkapi beberapa teknologi keselamatan penting.
00:19Keputusan itu dibuat selepas hemakan spesifikasi mendapati sebahagian besar sistem bantuan pemandu termaju ADAS
00:26yang sebelum ini menjadi ciri utama model tersebut dikeluarkan dan ia sekaligus menyebabkan penarafan keseluruhan kenderaan berkenaan diturunkan kepada hanya
00:36satu bintang.
00:38Kenyataan bersama yang dikeluarkan ASEAN NCAP dan Institut Meledikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia atau MIROS memberitahu,
00:45sebelum ini pada 2023 Proton X90 memperoleh penarafan 5 bintang di bawah protokol ASEAN NCAP 2021 hingga 2025
00:54dengan skor keseluruhan 83.79 mata.
00:59Penilaian itu merangkumi prestasi tinggi dalam beberapa kategori utama termasuk perlindungan penumpang dewasa dengan 37.75 mata,
01:08perlindungan penumpang kanak-kanak 17.9 mata,
01:12bantuan keselamatan 15.71 mata dan keselamatan penunggang motosikal 12.5 mata.
01:19Namun, semakan terkini mendapati model Proton X90-2026 tidak lagi dilengkapi beberapa teknologi keselamatan utama
01:27seperti break kecemasan otonomi atau EEB, amaran pelanggaran hadapan FCW, amaran keluar lorong LDW,
01:35bantuan kekal lorong LKA, amaran trafik melintas belakang RCTA dan teknologi titik buta atau BST.
01:42Dalam pada itu, MIROS dan ASEAN NCAP menjelaskan penarafan keselamatan lima bintang masih sah bagi varian Proton X90
01:50yang dikilangkan antara 2023 hingga 2025 yang disahkan dilengkapi teknologi ADAS
01:55seperti yang ditetapkan dalam protokol penilaian berkenaan.
02:00Sementara itu, Ketua Teknikal ASEAN NCAP Yahya Ahmad berkata,
02:03sistem pengesanan titik buta merupakan elemen penting dalam penilaian keselamatan penunggang motosikal.
02:08Ketua Pengarah MIROS, Prof. Madya Siti Zahara Ishak berkata,
02:13pihaknya kesal dengan keputusan pengeluar untuk mengeluarkan teknologi keselamatan penting
02:17yang terbukti mampu menyelamatkan nyawa.
Comments