Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Ketua Polis Daerah Jasin Superintenden Lee Robert dalam satu kenyataan berkata suspek berusia 39 tahun dan dipercayai sakit mental itu ditahan kira-kira 2 petang semalam (9 April).
Transcript
00:00Polis sahkan menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian tulisan kalimah Allah dan Bismillahirrahmanirrahim pada sebuah tokong di Pantai
00:10Siring, Jasin.
00:11Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, suspek berusia 39 tahun dan dipercayai sakit mental itu ditahan kira-kira
00:212 petang Khamis.
00:23Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Lee berkata lelaki itu bagaimanapun telah diberikan jaminan polis dan kertas siasatan akan dirujuk kepada
00:31Timbalan Pendakwa Raya DPP untuk tindakan lanjut.
00:34Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Serkam, Datuk Zaidi Atan berkata, tindakan penguatkuasaan terhadap tapak berkenaan yang dibina di kawasan
00:42Tanah Rezab Kerajaan dilaksanakan mengikut tata cara undang-undang.
00:46Beliau berkata tindakan itu diambil selepas semua bahan berkaitan aktiviti keagamaan dikeluarkan pihak terlibat seperti yang dipersetujui.
00:54Zaidi berkata pelaksanaan tindakan itu turut disaksikan pihak berkuasa termasuk polis bagi memastikan ia berjalan lancar dan mematuhi peraturan ditetapkan.
01:03Pada Kamis, media melaporkan Jabatan Agama Islam Melaka dan pihak berkuasa diarahkan menjalankan siasatan terhadap penemuan kalimah Allah dan Bismillahirrahmanirrahim
01:13dalam tulisan jawi di sebuah tokong di kawasan sama.
Comments

Recommended